ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Audi TT ‘hilang’ selepas langgar empat kenderaan

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta mewah jenis Audi TT bertembung dengan sebuah Proton Persona sebelum melanggar tiga kenderaan lain di Jalan Serigala di Johor Bahru pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

“Siasatan awal mendapati kereta Audi TT yang datang dari arah Jalan Dato Sulaiman bertembung dengan Proton Persona dari arah Jalan Harimau.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu Audi TT dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiga kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Raub memberitahu, polis sedang mengesan pemandu kereta mewah terbabit bagi membantu siasatan. “Pemandu Audi TT juga didapati tiada di lokasi kejadian dan masih belum tampil membuat laporan kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan. “Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Hasrin Abd Rahman di talian 019-7767756,” ujarnya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traffic Info Crew

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply