@mrcc05 Boss sini tak boleh parking yer 😂 #gentinghighlands #honda #crz #vtec #kseries #initiald #viralvideo ♬ 原聲 – jz12122 – Marcus
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang dipercayai memandu secara melulu dan berbahaya sehingga terbabas di Genting Highlands semalam.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 12 saat yang tular di Tik Tok semalam menyaksikan sebuah kereta Honda CR-Z dipandu laju menekan brek di jalan berselekoh sebelum terbabas ke kiri jalan.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis menerima laporan pada pukul 11.05 pagi semalam daripada pemandu kereta berkenaan berumur 27 tahun memaklumkan kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 14.7 jalan menghala ke Genting Highlands.
“Pihak polis daripada bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong telah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan.
“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya di Bentong hari ini.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Menurutnya berdasarkan siasatan awal mendapati tindakan pemandu berkenaan merbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
Katanya, pihak polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Polis akan mengambil tindakan tegas serta akan mengadakan operasi secara berterusan untuk memastikan lokasi dan laluan berkenaan tidak dijadikan seperti litar lumba oleh pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit POLIS Bentong
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI