ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu lori rempuh lima kenderaan positif dadah

Tular

Views

Tindakan seorang pemandu lori yang memandu dalam pengaruh dadah menyebabkan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul, Kuala Lumpur, petang tadi.

Menurut Utusan Online, dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu dipercayai berlaku selepas lori dipandu seorang lelaki seorang lelaki dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebaik tiba di lampu isyarat Jalan Ipoh, lori terbabit telah gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kata beliau, kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua buah kereta jenis Perodua Myvi berwarna kuning dan putih serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL.

Pemandu Myvi berwarna kuning mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.

Manakala pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang. Mengulas lanjut, Sarifuddin, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan dibuat ujian alkohol.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Jelas beliau, hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol dan seterusnya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Tambahnya, siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/ 69 atau mana-mana balai berdekatan.

Terdahulu, tular di laman sosial sebuah lori melanggar beberapa kenderaan. Video tular berkenaan diambil berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam).

Rakaman berdurasi 46 saat itu merakamkan aksi sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply