ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemandu ‘pitam selepas ziarah pusara suami’ punca Myvi ini terbabas

Tular

Views

Kejadian sebuah kenderaan Perodua Myvi merempuh masuk ke dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang di Seremban, pagi tadi berlaku kerana pemandunya pitam.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandunya yang juga seorang wanita dikatakan mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah) ketika mahu memandu keluar dari kawasan parkir selepas menziarahi pusara suaminya.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemandu berusia 60 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan berlaku sedikit kerosakan pada tapak kubur.

Tambah beliau, tular beberapa gambar di laman sosial memaparkan kejadian sebuah kenderaan melanggar kawasan tanah perkuburan Islam di Senawang.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Menurutnya, wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu dan dia sudah menerima rawatan sewajarnya berkaitan hipoglisemia yang dialaminya.

Katanya, anak kepada wanita berkenaan sudah hadir membuat laporan dan memaklumkan akan bertanggungjawab untuk baik pulih tapak perkuburan yang mengalami kerosakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply