ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Foto Intip

Views

Setakat yang kami tahu, tiada pula kedengaran ura-ura Proton akan mengeluarkan X50 versi facelift atau Minor Change (MC), memandangkan ‘si abangnya’ X70 versi MC1 masih belum dilancarkan lagi.

Namun foto-foto yang kami terima dari rakan pembaca bernama M Fikri Nor telah menimbulkan sedikit tanda tanya.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Sebenarnya, pada awal kami menerima foto-foto ini, kami hanya beranggapan yang ini cumalah X50 yang sedang dalam perjalanan untuk dihantar kepada pelanggan.

Tetapi, setelah M Fikri Nor menunjukkan ada satu jalur wayar hitam yang terkeluar dari hud depan, ada kemungkinan ia ‘sedang menguji sesuatu’.

Jika ia kenderaan dari bilik pameran untuk dihantar kepada pelanggan, lazimnya mereka hanya menggunakan plat dagangan jenis sangkut/gantung.

Model yang dikesan ini menggunakan plat dagangan yang terus dilekatkan pada tempatnya. Nombor plat itu juga ‘kelihatan seperti pernah digunakan’ pada model-model ujian terdahulu.

Apakah yang sedang diuji oleh X50 ini? Adakah ia sedang menguji sistem baharu atau mungkin juga trenkuasa (hibrid) atau sebagainya?

Kami tiada jawapan buat masa sekarang dan akan cuba menghantar ejen perisik Mat Bond untuk membuat penyiasatan lanjut. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit M Fikri Nor

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply