ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Berita Tempatan

Views

Sebenarnya penulis hari ini ‘tergerak hati’ untuk melayari portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) setelah sekian lama tidak singgah di sana.

Penulis juga sengaja ‘gatal tangan’ untuk cuba mencari nama model yang telah didaftarkan Proton, menerusi ‘kata kunci’ Proton X90 memandangkan prototaip model tersebut kini sedang rancak diuji di jalan raya.

Akhirnya, ‘umpan’ mengena setelah nama Proton X90 ‘memang wujud‘ dan telah didaftarkan oleh ejen, Azmi & Associates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd. Permohonan tanda dagang Proton X90 telah mula dihantar sejak 05 Oktober 2021.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Ia didaftarkan di bawah klasifikasi ‘pengiklanan; pengurusan perniagaan; pentadbiran perniagaan; fungsi pejabat; pemasaran media sosial; penyediaan maklumat perniagaan melalui laman sesawang’. Sebenarnya itu tidaklah mengejutkan kerana penulis sudah ‘meramal’ perkara tersebut lebih awal.

Apa yang ‘agak mengejutkan’ adalah penemuan satu lagi nama iaitu Proton X80 yang juga didaftarkan oleh ejen yang sama, tarikh yang sama dan di bawah klasifikasi yang sama.

Kini, timbul persoalan di minda penulis adakah Proton bakal memperkenalkan sebuah lagi SUV selain X90 dan model Geely manakah yang akan ditampal dengan ‘lencana kepala harimau’ nanti?

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800

Penulis merasakan model tersebut berkemungkinan SUV coupe Geely Xing Yue (FY11). Namun, mungkin juga ada model lain yang masih belum diperkenalkan secara rasmi oleh Geely dan ia mungkin calon yang lebih sesuai.

Mungkin, X80 itu disimpan untuk SUV hibrid, boleh jadi juga kan? Setakat yang penulis tahu, selepas model X90, Proton dijangka memperkenalkan sebuah model sedan namun tidak dipastikan ia akan berada dalam segmen yang mana.

Apapun, penulis akan cuba menyeru ejen perisik Mat Bond untuk memulakan misi mencari informasi baharu. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply