Seperti yang kita semua tahu, Perodua sedang rancak membangunkan model MPV tujuh tempat duduk yang bakal menggantikan Alza dalam tahun ini.
Model yang dikenali dengan namakod D27A itu merupakan kembar kepada Daihatsu Xenia/Toyota Avanza/Veloz di Indonesia.
Difahamkan untuk tahun ini, Perodua hanya akan memperkenalkan sebuah model baharu sahaja kerana mereka sedang cuba untuk menyelesaikan kesemua tempahan yang dibuat oleh pembeli seberapa pantas yang mungkin.
Untuk tahun depan, timbul spekulasi mengatakan Perodua akan memperkenalkan generasi kedua model hatchback kompak segmen-A mereka, iaitu Axia.
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
Sama seperti sebelumnya, difahamkan model dengan namakod D74A juga akan mempunyai kembar di Indonesia, iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya. Ketika ini pembangunan model terebut masih lagi pada peringkat awal.
Menurut ejen perisik Mat Bond, Axia (D74A) ini akan dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang menjadi asas kepada model Ativa dan Alza generasi baharu.
Selain itu ia juga akan menampilkan rekaan serba baharu dengan DNA rekaan terkini Perodua. Ada kemungkinan model X-Concept yang dipamerkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18) memberi bayangan awal Axia (D74A).
Setakat ini masih belum ada informasi lanjut berkenaan dengan enjin dan juga transmisinya, namun kami meramalkan model Axia (D74A) akan beralih kepada transmisi CVT, sama seperti Myvi facelift.
Jika merujuk kepada namakodnya, mengikut carian kami, D74A merupakan kod yang sama digunakan oleh Daihatsu Thor di pasaran Jepun. Mungkin kodnya sahaja yang ‘dikitar semula’, tetapi ia bukanlah model yang sama.
Kata Mat Bond, mengikut perancangan model Axia (D74A) dijangka akan memasuki fasa pengeluaran massa pada akhir tahun ini dan pelancarannya akan dibuat pada suku pertama (Q1) tahun 2023.
Tambahnya, Axia (D74A) mungkin ‘diperkenalkan lebih awal’ berbanding dua lagi kembarnya di Indonesia, Daihatsu Ayla/Toyota Agya. Jangkaan kami, model konsepnya bakal ditayangkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2022.
Sebagai gambaran awal, sahabat kami Theophilus Chin baru-baru ini ada membuat Axia generasi baharu versinya sendiri yang berasaskan model Toyota Aygo. Apa pendapat anda dengan karya terbaharu Theo ini?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin
X-Concept
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
KOMEN TERKINI