ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Prevé kuning sebabkan kemalangan maut serah diri

Berita Tempatan

Views

Pemandu Proton Prevé yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan tiga maut di Sitiawan kelmarin menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung petang tadi.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Menurut K! ONLINE, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki berusia 38 tahun itu hadir di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung pada pukul 2.50 petang dan dia turut didapati positif dadah jenis methampetamine.

Katabeliau, pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman esok bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan dengan kemalangan tersebut.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Sitiawan – Kampung Acheh kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin, sebuah kereta Proton Prevé dinaiki tiga orang dari Lekir menghala ke Kampung Acheh terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh enam motosikal ditunggang dan dibonceng pekerja kilang Sapura Energy dari arah Kampung Acheh menuju ke Sitiawan.

Tiga daripada mangsa yang menaiki motosikal maut di tempat kejadian, tiga orang lagi dirawat di Hospital Seri Manjung, seorang dirawat di Hospital Pantai Manjung manakala seorang lagi yang cedera dibenarkan keluar hospital.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply