ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 190 pengusaha stesen minyak Petron bantu komuniti terkesan menerusi ‘bank makanan’

Berita Tempatan

Views

Lebih 190 pengusaha stesen minyak Petron telah menganjurkan inisiatif ‘Jom Bantu Bank Makanan dan Meja Komuniti’ untuk komuniti yang terkesan akibat COVID-19.

Terinspirasi daripada mesej “Ambil Bila Perlu, Sumbang Jika Mampu,” pantri komuniti di stesen minyak Petron memberi akses mudah keperluan asas kepada golongan yang memerlukan.

Penduduk setempat dan pelanggan tampil memberi sumbangan, manakala kakitangan Petron pula menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan bahan makanan ke stesen minyak Petron.

Menurut Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy, ini merupakan tahun kedua pihaknya menjalankan program bank makanan di stesen minyak mereka.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Senarai penuh stesen yang mengambil bahagian boleh dilayari menerusi laman sesawang www.petronmalaysia.com.my beserta perincian cara menderma. Sebarang makluman juga akan disiarkan di laman Instagram dan Facebook Petron Malaysia.

Meja Komuniti ini menyediakan bahan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, biskut, telur, mi, makanan dalam tin, makanan kering, tisu dan sabun berserta pelbagai barang keperluan yang lain.

Bahan ini boleh diperolehi di stesen yang terlibat dan percuma kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, Petron juga turut bekerjasama dengan KPJ Healthcare (KPJ) untuk membuka lapan bank makanan KPJ di stesen minyak Petron yang terpilih.

Bank makanan KPJ yang pertama dibuka di Petron New Larkin pada 23 Julai telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Stesen-stesen minyak Petron di Johor turut bekerjasama dengan Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor untuk menjayakan program pengumpulan makanan di 10 stesen minyak Petron.

Pada bulan Mei yang lepas, Petron telah menganjurkan sebuah program sumbangan yang membolehkan ahli pemegang kad PMiles menderma mata ganjaran mereka kepada keluarga B40 yang memerlukan bantuan makanan.

Melalui program sumbangan ‘Petron MyKasih Jom Derma’ ini, setiap mata ganjaran yang disumbang akan ditukar kepada nilai matawang dan diserahkan kepada Yayasan MyKasih. Program ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2021.

Melalui Yayasan tersebut, keluarga B40 boleh membeli bahan makanan dan barang keperluan lain dari lebih daripada 250 kedai runcit termasuk Mydin, Tesco, Giant, Econsave, The Store, Aeon, 99 Speedmart dan TF Value Mart. Semua sumbangan akan diberikan resit untuk pengecualian cukai daripada Yayasan MyKasih.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply