ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Triton pandu lawan arus disahkan positif ganja

Berita Tempatan

Views

Pemandu pacuan empat roda yang memandu secara melawan arus dan merempuh sebuah kereta mengakibatkan dua maut dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi tadi disahkan positif ganja.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang berumur 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurutnya, bagaimanapun hubungan dua mangsa maut berusia 18 tahun dan 19 tahun itu belum dapat dipastikan. Setakat ini siasatan mendapati mangsa merupakan rakan dan belum dapat dipastikan ke mana tujuan sebenar mereka yang ketika itu dari arah Klang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Awal pagi tadi, dua remaja maut selepas kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu secara lawan arus dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Siasatan awal kejadian berlaku kira-kira jam 2.09 pagi itu mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berkenaan datang dari arah Kuala Lumpur ke Klang secara melawan arus sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu dari Klang ke Kuala Lumpur.

Mangsa maut ialah pemandu, Nur Afiqah Abd Karim, 18, beralamat di Taman Bayu Perdana Klang dan penumpang, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, beralamat di Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply