ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM tidak terima makluman helikopter cerobah ruang udara Singapura

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah mengesan sebaran mesej di platform media sosial yang mendakwa helikopter milik mereka mencerobohi ruang udara Singapura hari ini.

K! ONLINE melaporkan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat penerbangan helikopter milik mereka di ruang udara berhampiran Singapura.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, penerbangan helikopter milik PDRM di ruang udara berhampiran Singapura hari ini adalah bagi tujuan penugasan rasmi.

Sepanjang penugasan berlangsung sehingga kini, PDRM tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai sebarang insiden penerbangan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara republik tersebut.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Terdahulu, beberapa portal berita antarabangsa dan tempatan melaporkan Singapura telah mengerahkan dua buah jet pejuang F-16 untuk memintas helikopter milik PDRM yang didakwa terbang merentasi Pulau Tekong, Singapura kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Jelas portal berkenaan, jet pejuang berkenaan dilihat mengelilingi Pangkalan Udara Paya Lebar, Singapura pada ketinggian 5,000 kaki.

Pulau Tekong merupakan Pusat Latihan Asas Ketenteraan Singapura (BMTC) di mana lokasi latihan ketenteraan dan khidmat negara Singapura dilakukan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harakahdaily

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply