ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemasangan dashcam yang tidak betul, punca papan pemuka Jaecoo J7 terbakar – Jaecoo Malaysia

Berita Tempatan

Views

Jaecoo Malaysia menerusi satu kenyataan mengesahkan satu insiden termal terpencil, melibatkan sebuah Jaecoo J7 yang berlaku di berhampiran Liberty Grove, Jalan Kota Sentosa baru-baru ini.

Menurut Jaecoo Malaysia, pihaknya telah menyedari insiden termal itu dan telah berhubung dengan pemilik kenderaan tersebut.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Setelah siasatan menyeluruh dijalankan, pihak Jaecoo Malaysia mengesahkan bahawa insiden ini berpunca dari pemasangan kamera pemuka (dashcam) yang tidak betul di sebuah bengkel pihak ketiga.

Jaecoo Malaysia turut mengesahkan bahawa insiden ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan, kemalangan jiwa, atau kerosakan kepada harta benda lain.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Pihak Jaecoo mengucapkan terima kasih kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak atas tindakan pantas mereka sebagai respons pertama.

Jaecoo Malaysia menasihati pelanggan agar mengelakkan sebarang pengubahsuaian di pusat servis tidak sah demi keselamatan, yang secara tidak langsung boleh membatalkan waranti kenderaan mereka.

Pelanggan juga perlu memastikan segala kerja penyelenggaraan dan pembaikan, perlu dilakukan di pusat servis Jaecoo yang sah sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sarawak News

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply