ARKIB

KATEGORI

Buletin

Roll by Goodyear bakal cetus revolusi pembelian tayar

Views

Sejajar dengan perkembangan semasa, Goodyear Tire & Rubber Company telah memperkenalkan satu konsep pengalaman membeli-belah dan pemasangan tayar terbaharu yang dinamakan Roll by Goodyear. Bilik pameran pertama Roll by Goodyear akan dibuka di Washington, D.C. dan pelbagai pilihan pemasangan akan turut disediakan.

Konsep terbaharu Roll by Goodyear ini akan memberikan lebih kemudahan, kecekapan dan keupayaan untuk membeli-belah secara pertukaran atas talian dan di premis perniagaan kepada para pelanggan. Naib Presiden dan Pengurus Besar Peruncitan Goodyear, Fred Thomas berkata Roll by Goodyear menjadikan pembelian tayar lebih mudah.

Pelanggan boleh memilih bila, di mana dan bagaimana untuk memasang tayar mereka dan proses ini boleh dikawal sepenuhnya dari mula hingga akhir. Goodyear kini sedang memansuhkan bilik menunggu dan memberikan pengguna masa untuk membuat apa yang mereka mahukan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Bagaimana ia berfungsi?

  • Pelanggan akan mula membeli-belah secara atas talian di RollByGoodyear.com atau di bilik pameran yang terletak di lokasi tumpuan untuk ‘gaya hidup’, di mana mereka tinggal, bekerja dan bermain.
  • Setelah pembelian tayar dibuat sama ada secara atas talian atau di bilik pameran, pengguna boleh memilih cara pemasangan tayar mereka. Mereka boleh meninggalkan kunci kereta di bilik pameran dan menikmati kemudahan berhampiran atau Roll by Goodyear akan menyediakan perkhidmatan valet yang akan mengambil kenderaan pelanggan dari lokasi pilihan mereka dan membawanya kembali ke mana sahaja mereka berada. Pelanggan juga boleh menjadualkan van pemasangan mudah alih yang akan datang ke lokasi mereka dan memasang tayar mereka.
  • Proses keseluruhan pemasangan akan disertai dengan e-mel masa nyata atau kemas kini status teks, jadi pelanggan tidak perlu membuang masa untuk bertanya bila pemasangan tayar kenderaan mereka akan siap.

Goodyear telah menjalankan ujian pra-pasaran yang penting untuk Roll dan hasilnya sangat menggalakkan di semua demografi, terutamanya dengan warga alaf baharu. Walaupun Roll by Goodyear akan mempunyai gaya, rasa dan berurus niaga dengan cara yang berbeza dari kedai tayar tradisional yang dimiliki oleh Goodyear, ia akan disokong oleh sejarah 120 tahun inovasi, kualiti dan prestasi cemerlang dari Goodyear.

JOM BACA >> PANAS: Ottimo bakal perkenal moped ‘harga marhaen’ tidak lama lagi!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply