ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pembukaan dua pengedar baharu di Kuantan dan Kuching perkukuhkan rangkaian smart Malaysia

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia merasmikan pembukaan dua pengedar baharu di Pantai Timur dan Sabah Sarawak, iaitu HK Electra – smart Kuantan di Pahang dan Ghee Hua – smart Kuching di Sarawak.

Kedua-dua pengedar ini juga merupakan pengedar bagi Proton e.MAS, sekaligus memperkukuh Malaysia ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV).

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, pengembangan rangkaian ke Kuantan dan Kuching mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik premium di Malaysia.

Dengan jumlah 11 pengedar di seluruh negara, smart Malaysia terus memacu masa depan mobiliti elektrik canggih.

Pelancaran HK Electra – smart Kuantan dan Ghee Hua – smart Kuching mengukuhkan lagi komitmennya terhadap penerimaan EV, menawarkan model smart dan Proton e.MAS bagi menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari.

HK Electra Sdn Bhd – smart Kuantan

Dengan warisan kecemerlangan sejak 2007, HK Electra – smart Kuantan telah berkembang daripada pengedar Proton 2S kepada pusat 4S pada 2018, terus berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Syarikat ini telah meraih pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah No. 1 Diamond Grand (2023 & 2024) serta Anugerah CEO Terbaik.

Terletak secara strategik di Indera Mahkota, Kuantan, bertentangan dengan Puspakom, bilik pameran seluas 695m² ini menampilkan empat unit pameran dan enam pengecas EV, termasuk dua pengecas pantas DC 120kW.

HK Electra juga menunjukkan pertumbuhan jualan yang kukuh, meningkat daripada 1,071 unit pada 2021 kepada 1,623 unit pada 2024 bagi kenderaan Proton.

Pemilik Pengedar HK Electra Sdn Bhd, Susan Leong berkata, sebagai pemain lama dalam industri automotif, pihaknya berbangga untuk mengembangkan portfolio syarikat dengan jenama smart dan berada di barisan hadapan revolusi EV di Malaysia.

Tambah Susan, pihaknya teruja untuk menyambut pelanggan bagi meneroka masa depan mobiliti di smart Kuantan. HK Electra beralamat di No 6, Jalan Indera Mahkota,3/1 252000, Kuantan Pahang.

Ghee Hua Co. Sdn Bhd – smart Kuching

Ghee Hua, nama yang dikenali dalam industri automotif Sarawak, kini mengembangkan sayap ke pasaran EV dengan menawarkan kenderaan elektrik Proton dan smart.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Langkah ini menyokong usaha Proton dalam segmen EV premium, menggabungkan kejuruteraan Geely dengan reka bentuk Mercedes-Benz untuk memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik.

Menerima pengiktirafan dengan anugerah berprestij seperti Consumers’ Choice Award (2023 & 2024) dan Top Merchant & Marvelous Award (2023), Ghee Hua mengadaptasi model smart Space & Service Center bagi memastikan pengalaman pelanggan yang lancar dan berfokus kepada kepuasan pengguna.

Pemilik Pengedar Ghee Hua Co. Sdn Bhd., Kevin Law berkata, pembukaan smart Kuching menandakan era baharu mobiliti elektrik di Sarawak.

Tambahnya, sebagai pengedar automotif yang dipercayai, pihaknya teruja untuk memperkenalkan penyelesaian EV inovatif smart ke Sarawak. Ghee Hua Co. beralamat di Lot 136-137, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak.

Bersempena dengan perkembangan jenama ini, smart Malaysia memperkenalkan kempen eksklusif Feb-ulous Deals sepanjang Februari, menjadikan pemilikan smart lebih jimat dan berbaloi.

Pelanggan kini boleh menikmati penjimatan segera 10 peratus, dengan nilai keseluruhan sehingga RM31,000 untuk smart #1 dan smart #3, serta hadiah istimewa termasuk smartCharge Home Charger dengan pemasangan standard percuma, kredit pengecasan bernilai RM1,000, dan keistimewaan korporat eksklusif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply