ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemenang Miss Asia 2024 terima sebuah Proton S70

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini telah berlangsung sesi penyerahan model sedan Proton S70 kepada juara Miss Asia (Asia Tenggara) 2024, Janice Chian Yan Tong di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton.

Gadis berusia 24 tahun yang berasal dari Ipoh itu telah dinobatkan sebagai pemenang mahkota berprestij tersebut setelah bersaing dengan 16 finalis lain.

Sama seperti Proton S70 yang diterimanya, Janice adalah seorang juara sejati yang melambangkan keanggunan, cita-cita, dan semangat kemenangan yang diperlukan untuk menjadi juara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, sedan C-segmen terlaris di Malaysia ini adalah kenderaan yang sesuai untuk individu muda yang berkeyakinan yang sedang mengorak langkah maju dalam kehidupan.

Pihaknya juga berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah Proton S70 kepada pemenang Miss Asia (Asia Tenggara) 2024 sebagai hadiah utama dan ganjaran atas kemenangannya.

Selepas memandu uji kereta baharunya buat kali pertama, Janice meluahkan kekagumannya terhadap pengendalian yang lancar, ciri-ciri pintar dan reka bentuk yang anggun pada kenderaan tersebut.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Dengan gabungan inovasi dan reka bentuk moden, Proton S70 berpotensi untuk mencipta impak dalam industri automotif, menawarkan pengalaman pemanduan yang dipertingkatkan bagi peminat dan pemandu harian.

Kata Janice, Proton S70 memenuhi semua keperluannya daripada kuasa yang mengagumkan, gaya yang sofistikated, keselamatan, sehinggalah teknologi moden. Ia adalah kereta yang benar-benar menonjol dalam kelasnya.

Proton S70 direka untuk mereka yang beraspirasi tinggi, menawarkan pengalaman pemanduan sebuah kenderaan segmen-C pada harga yang lebih berpatutan, setaraf dengan harga jualan segmen-B.

Dengan enjin turbo 1.5 liter yang menghasilkan output sebanyak 150PS dan 226Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi dwi-cekam 7 kelajuan, S70 mencapai keseimbangan sempurna antara kuasa, kecekapan dan keseronokan pemanduan.

Ditawarkan dalam varian Executive, Premium, Flagship dan Flagship X, S70 menampilkan reka bentuk sofistikated dengan lampu depan LED, roda aloi 17 inci, bumbung suria, dan bar lampu belakang yang ikonik.

Bahagian dalaman menawarkan kabin yang mewah dengan tempat duduk kulit sintetik, tempat duduk pemandu yang boleh dilaras secara elektrik, dan ventilasi udara di bahagian belakang untuk keselesaan optimum.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Keselamatan adalah keutamaan dengan penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, enam beg udara SRS, 13 ciri ADAS Tahap 2 termasuk AEB, Kawalan Pemanduan Pintar, dan Bantuan Penukaran Laluan, serta Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan kamera 3D 360 darjah untuk perlindungan tambahan.

Model sedan ini telah memperoleh pelbagai anugerah berprestij dalam industri, antaranya:

  • CarSifu Editors’ Choice Awards 2024 – Kereta ICE Tahun Ini & Sedan Nilai Terbaik di bawah RM100k
  • Carlist.my & WapCar.my People’s Choice COTY 2024 – Sedan Kompak Terbaik
  • Allianz DSF.my Vehicle of the Year 2024 – Sedan Terbaik Tahun Ini
  • Anugerah Kereta Tahun Ini Rider ATH 2024 – Sedan Terbaik Tahun Ini

Selain itu, Proton S70 juga telah menerima anugerah khas sebagai Kereta Terbaik Malaysia Tahun 2024 – Kereta Nilai Terbaik daripada Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARII).

Proton kini sedang menawarkan Promosi Rebat Khas dengan tawaran sehingga RM9,000 bagi model-model berikut:

  • Proton S70: Rebat dengan Aerokit sehingga RM8,130
  • Proton X50: Rebat sehingga RM9,000
  • Proton X70: Rebat sehingga RM9,000
  • Proton X90: Rebat sehingga RM7,000
  • Proton Saga: Rebat sehingga RM1,000
  • Proton Iriz dan Persona: Rebat sehingga RM1,000

Kunjungi mana-mana bilik pameran Proton yang berhampiran atau hubungi pengedar sah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej rebat ini. Promosi sah untuk masa yang terhad sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply