ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengasas Geely ceburi perniagaan telefon pintar premium, model pertama menjelang 2023

Berita Global

Views

Pengerusi syarikat pengeluar kereta terkemuka dari China, Zhejiang Geely Holding, Li Shufu atau Eric Li dikhabarkan bakal menceburi perniagaan baharu berasaskan peranti pintar.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut satu memo dalaman yang didedahkan kepada Reuters, model telefon pintar pertama keluaran syarikat dinamakan Hubei Xingji Shidai Technology Co Ltd itu dijangka diperkenalkan menjelang 2023 dengan sasaran jualan sebanyak 3 juta unit untuk tahun pertama.

Syarikat itu nanti bakal menawarkan peranti pintar dibawah segmen premium, sekali gus memasuki arena telefon pintar yang sangat kompetitif. Geely berkata, Hubei Xingji Shidai Technology Co Ltd telah bersetuju untuk membina ibu pejabatnya di Wuhan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Projek itu akan menerima pelaburan berjumlah 10 billion yuan (RM6.48 bilion) dan turut menyasarkan pendapatan sebanyak 10 bilion yuan dalam tahun pertama.

Ia menyasarkan untuk memperoleh pendapatan terkumpul berjumlah 150 bilion yuan dalam tempoh lapan tahun dan bakal menggajikan seramai 3,000 orang tenaga kerja. Buat masa ini Geely enggan mengulas lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply