ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pahang tangguh pembukaan Pulau Tioman dan Genting Highlands untuk pelancong luar

Views

Gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Oktober, ditangguh ke tarikh akan dimaklumkan kelak.

Menurut Berita Harian, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, berkata ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Sehubungan itu, katanya, hanya penduduk Pahang dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, bagi pelancong luar yang sudah membuat tempahan, pihaknya meminta mereka menghubungi pengusaha pelancongan masing-masing untuk tindakan lanjut, sama ada tangguh atau sebagainya.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan selepas Pulau Langkawi, Kedah, tiga lagi destinasi dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik iaitu Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka.

Mengenai SOP di Pulau Tioman, Kamaruddin berkata antara peraturan dikenakan ialah pengunjung mesti lengkap divaksin dan mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 masing-masing sebelum menaiki feri.

Sekiranya pengunjung membuat saringan kendiri, katanya, mereka boleh membeli kit ujian kendiri di jeti atau di tempat lain, namun ujian mesti dilakukan di terminal jeti.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tambahnya, bagi individu yang melakukan ujian di klinik, mereka perlu membawa surat keputusan ujian untuk diperiksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan menaiki feri.

Dengan melakukan ujian saringan, ia turut memberi keyakinan kepada pengusaha pelancongan menerima pengunjung di lokasi mereka.

Dalam pada itu, selaras dengan peralihan Pahang ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), beliau mengharapkan penduduk negeri ini kembali membantu merancakkan sektor pelancongan yang terjejas sekian lama akibat COVID-19.

Ujarnya lagi, selepas beralih ke Fasa Tiga, banyak aktiviti dilonggarkan malah rentas daerah juga dibenarkan dan beliau berharap lebih ramai yang berkunjung ke lokasi menarik di negeri ini seperti Janda Baik, Taman Negeri Rompin dan sebagainya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply