ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengedar kenderaan bakal ‘tutup kedai’ jika tidak dibenarkan beroperasi

Berita Tempatan

Views

Banyak pengedar kenderaan dijangka terpaksa menutup perniagaan jika tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh terdekat.

Harian Metro melaporkan, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan, terutama daripada pengedar kecil mengatakan mereka tidak mampu lagi bertahan dari segi aliran tunai ketika ini.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, jika situasi semasa berlanjutan untuk tempoh sebulan lagi dan pengedar masih tidak dibenarkan beroperasi, banyak pengedar yang bakal menutup perniagaan dan memberhentikan pekerja mereka.

Jelasnya, situasai sama turut berlaku kepada pengedar besar, mereka turut terjejas dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga Oktober ini jika kerajaan masih menutup operasi sektor automotif. Ini termasuk mereka yang terbabit dalam jualan motosikal dan komponen serta alat ganti kereta.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah beliau, pihaknya beberapa kali merayu kepada kerajaan, menyuarakan kepentingan untuk membenarkan operasi pemasangan dan jualan diteruskan dengan prosedur lebih ketat, jika bukan 100 peratus kapasiti pun, 60 peratus sudah memadai.

Sementara itu, mengenai masalah kekurangan cip yang sedang dihadapi ketika ini, Aishah berkata, banyak jenama terkesan dengan masalah ini dan ada yang mengalaminya dengan lebih teruk.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply