ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang basikal maut dirempuh Toyota Vios

Berita Tempatan

Views

Seorang penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di Jalan Sultan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di Ipoh, semalam.

Menurut Sinar Harian, dalam kejadian sekitar jam 10.16 malam itu, Luqman Hakim Mohamed Amin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berbasikal di sepanjang laluan itu sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dalam perjalanan dari arah Jalan Simpang Pulai menghala ke Ipoh.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki berusia 40 tahun itu meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau. Bagaimanapun mangsa dari simpang sebelah kanan melintas secara tiba-tiba di hadapan laluan kereta itu.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Pemandu kereta terbabit cuba mengelak ke kiri jalan, namun terkena basikal ditunggangi mangsa menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan. Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Kejadian tersebut katanya, turut mengakibatkan palang basikal mangsa patah sementara cermin depan kereta terbabit pecah dan kemek di bahagian hadapan.

Mayat telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply