Menurut Mordor Intelligence, industri pengangkutan dan logistik memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Pasaran logistik Malaysia dijangka berkembang daripada RM131.96 bilion (USD 29.70 bilion) pada tahun 2025 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 5.20 peratus, mencapai RM170.10 bilion (USD 38.28 bilion) menjelang tahun 2030.
Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan e-dagang serta pengembangan perdagangan antarabangsa. Dengan semakin rancaknya aktiviti beli-belah dalam talian, sektor pengangkutan dan logistik sedang menyesuaikan diri bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penghantaran yang pantas dan boleh dipercayai.
Selain itu, sektor pembuatan Malaysia yang kukuh, terutamanya dalam industri elektronik dan automotif, turut menyumbang kepada permintaan tinggi terhadap perkhidmatan logistik.
Kebergantungan sektor pembuatan kepada pengurusan rantaian bekalan yang cekap serta penghantaran tepat pada masanya menjadi pemacu utama pertumbuhan pasaran pengangkutan dan logistik.
Cabaran dan tekanan operasi
Perkembangan pesat sektor ini membawa fokus kepada kecekapan operasi, di mana syarikat berusaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat sambil mengekalkan kecemerlangan operasi.
Cabaran ini semakin bertambah dengan peningkatan kos bahan mentah, tenaga, utiliti, dan buruh, selain pematuhan kepada mandat kelestarian baharu seperti cukai karbon yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2025.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, menyatakan bahawa persaingan serta tekanan pasaran kini berada pada tahap tertinggi.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
“Bagi kekal berdaya saing, syarikat perlu mengenal pasti strategi inovatif untuk mengurus kos operasi tanpa menjejaskan kecekapan,” katanya.
Kecekapan penggunaan bahan api sebagai faktor kritikal
Perbelanjaan bahan api merupakan antara kos terbesar bagi syarikat logistik, menjadikan pengurusan kos yang inovatif satu keperluan. Malah, 32 peratus pengurus armada menyatakan bahawa bahan api adalah kos terbesar mereka.
“Pengoptimuman kecekapan bahan api menjadi langkah penting dalam pengurusan kos operasi. Bahan api berkualiti tinggi dengan formulasi canggih boleh meningkatkan produktiviti dengan ketara,” kata Shairan.
Namun, dalam banyak industri, impak kos bahan api bukan sekadar jumlah pengisian tangki dan jarak perjalanan. Kos penyelenggaraan juga merupakan perbelanjaan utama.
Dalam industri yang bergantung pada masa operasi peralatan, keupayaan untuk mengurangkan keperluan penyelenggaraan sambil mengekalkan prestasi kenderaan adalah sangat penting.
Perspektif industri mengenai kecekapan
Kecekapan menjadi keutamaan bagi semua industri, terutama dalam menghadapi kenaikan kos dan peraturan baharu.
Syarikat dalam sektor logistik, pertanian, dan pembuatan semakin banyak menggunakan penyelesaian bahan api yang lebih maju untuk mengurus kos serta meningkatkan prestasi.
Langkah-langkah ini bukan sahaja untuk mengekalkan daya saing tetapi juga bagi membentuk daya tahan perniagaan.
Jimat bahan api, pandu lebih jauh: Manfaat Shell FuelSave Diesel
Bagi perniagaan Malaysia yang berusaha mencapai kecemerlangan operasi, penggunaan Shell FuelSave Diesel boleh menjadi keputusan yang mengubah landskap operasi mereka.
Dengan Formula Tiga-Tindakan yang maju, Shell FuelSave Diesel memenuhi keperluan operasi semasa sambil menyokong matlamat kelestarian jangka panjang.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Formulasi baharu ini:
- Telah terbukti secara bebas dapat menjimatkan bahan api sehingga 3.75 peratus, mengurangkan keperluan pengisian semula serta memberikan lebih jarak perjalanan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
- Selain penjimatan bahan api, Shell FuelSave Diesel turut membantu memaksimumkan produktiviti kenderaan dan telah terbukti memulihkan 83 peratus kuasa yang hilang akibat pengumpulan deposit.
- Membersihkan enjin diesel moden secara mendalam untuk mencegah pembentukan deposit yang boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau armada dalam jangka panjang.
- Memberikan penjimatan bahan api sehingga 3.75 peratus serta pengurangan pelepasan CO2 menerusi peningkatan kecekapan bahan api.
Sektor pengangkutan dan logistik terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia, menyokong industri pembuatan dan perdagangan sambil menyesuaikan diri dengan cabaran kos operasi serta mandat kelestarian baharu.
Ketika sektor ini terus berkembang, penyelesaian inovatif seperti Shell FuelSave Diesel membuktikan bahawa kecekapan operasi boleh dicapai sepenuhnya.
Shairan menegaskan bahawa, sektor pengangkutan dan logistik Malaysia adalah pemacu penting dalam pembangunan ekonomi kita.
Dari industri pembuatan ke perdagangan, infrastruktur pengangkutan memainkan peranan asas dalam kemajuan negara, dan teknologi bahan api menjadi komponen utama dalam merealisasikan potensi ini.
Tambah beloau, penyelesaian bahan api canggih Shell direka untuk membantu perniagaan meningkatkan kecekapan sambil menyokong matlamat ekonomi negara secara lebih luas.
Dengan menyediakan teknologi bahan api terkini, Shell membantu perniagaan Malaysia menjadi lebih kompetitif dan cekap.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI