ARKIB

KATEGORI

Tular

Penyokong ‘Harimau Malaya’ jual Yamaha 135LC dapat hadiah Honda RS150

Tular

Views

Penyokong Harimau Malaya yang kisahnya tular kerana menjual motosikal Yamaha LC miliknya untuk menyaksikan perlawanan pasukan itu di Qatar bakal dihadiahkan dengan sebuah motosikal baharu.

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook, Ahmad Alhafiz Najmi, motosikal jenis Honda RS150 akan diserahkan kepada Derrick Gan setelah perkongsiannya mengenai ganjaran itu dikongsi lebih 10,000 orang di media sosial berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Dah capai 10,000 (perkongsian) dalam tiga jam. Terima kasih semua, saya sudah capai KPI (petunjuk prestasi utama).

“Saya masih di Borneo, Ahad penerbangan balik ke Semenanjung. Isnin saya sibuk (kerana) ada kerja dan Selasa kita uruskan penghantaran.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Siap tukar nama, geran halal. Tuan badan nak jual balik motor ini pun tiada masalah, dah jadi hak milik sendiri,” katanya.

Sebelum ini sebuah video memaparkan Derrick dilihat menangis tular ketika meraikan gol kedua pasukan negara ketika perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub.

Tangisan lelaki itu mendapat perhatian apabila turut tular kisahnya yang sanggup menjual motosikalnya untuk mencari dana bagi menyaksikan penampilan Harimau Malaya di Qatar. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ahmad Alhafiz Najmi

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply