ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perbandingan dimensi antara Proton Iriz dan model lain dalam segmennya!

Views

iriz-fiesta
Perbandingan dimensi antara Proton Iriz dan Ford Fiesta

Sementara kita menanti detik pelancaran rasmi Proton Iriz pagi esok, jom kita lihat perbandingan dimensi antara Proton Iriz dan beberapa model lain dalam segmennya. Antara model yang dibandingkan dengan Proton Iriz adalah Ford Fiesta, Perodua Myvi dan Proton Saga FLX SE. Perbandingan dimensi dalam bentuk grafik ini telah dibuat oleh rakan kita Lin Yi Yun. Dengan adanya grafik seperti ini lebih mudah untuk kita membuat perbandingan Proton Iriz dari segi panjang dan tinggi berbanding model lain. Menarik kan? 🙂

iriz-myvi
Perbandingan dimensi antara Proton Iriz dan Perodua Myvi

iriz-saga
Perbandingan dimensi antara Proton Iriz dan Proton Saga FLX SE

iriz-myvi-saga-fiesta
Perbandingan dimensi antara Proton Iriz, Ford Fiesta, Perodua Myvi dan Proton Saga FLX SE

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments


  • Produk tulen Malaysia, kebanggaan rakyat berjiwa merdeka, biar dicaci dicerca tetap pilihan rakyat yang kental jiwa raga….

    Emosi dan bangga sungguh Abg dgn tenaga kerja Proton yg menghasilkan kereta bermula dari A hingga Z…..

    Semoga IRIZ melekat pada sanubari semua rakyat Malaysia dan Proton mampu mengubah minda yg masih terjajah…bahawa bau Jepang tiada cacat dan sempurna selamanya…


  • Gud job bro..barulah nmpk jelas sapa yg besar and sapa yg kecik. Kalo tgk kat angka je kadang2 tak berapa clear sangat. Sure salesman proton jdkn perbndgn ni rujukan.hehe


  • tak sabar nak test hentaman pintunya. adakah tiada lagi umpama pintu lori. dan juga enjinnya. adakah terbukti sempurna seperti injin cfe turbo yg mudah mati.


  • Bunyi seat belt buzzer reminder tu mmg bunyi taraf continental ah. Bunyi polifonik. Tak annoying mcm kereta yg lain pakai buzzer monofonik. Maaf Tun terperasan pulak Tun tak pakai seatbelt. Tapi mungkin pusing2 dalam kawasan kecil je tu.


  • Ni comparison tahap budak tadika nih. Cmon bro Campromania, takkan comparison camni pun anda boleh masukkan kat dlm blog. As a designer yourself u should know better. At least skala kereta2 tu dibetulkan la dulu, 1:1, walopun kita tak expect pun enginneer-level punya tahap comparison.


    • Mmm… oklah tu, just sekadar perbandingan dlm bentuk olahan grafik jer. Kalau nk lebih detail kan dah ada info data teknikal yg lebih tepat? Nie sekadar nk bagi lebih menarik jer:) Kalau bukan engineer2 pun yg baca blog nie, makcik2 n pakcik n adik2 bleh jer imagine saiz iriz nie. Mudah bagi diorg.No hal ler…

      Cheers!


  • Ini nak tegur. tulong sesiapa sampaikan (kalau ada) kepada proton.

    perbandingan siapa besar ini sebenarnya sia-sia. yes u boleh la menang saiz luaran, tapi pikir lah apa significant nya? kalau nak besar, u draw saja lah besar, then u dapat la saiz yang terbesar. abis cerita

    tapi apa significant nya?

    apa kata, fokus pada LUAS. beza tau BESAR dan LUAS ni. u bole mentain besar yang sama, tapi LEBIH LUAS. honda is very good in this, kita semua boleh masuk ke jazz and then rasa betapa luas nya jazz tu.

    aku dah masuk iriz, alhamdulillah selesa. tapi still tak boleh tandingi jazz dari sudut LUAS.

    and to add salt to wound, yes, the car is bigger or just a bit smaller than most competitors – and yet ALL of them except suzuki swift (-5mm) ada bigger boot volume. itu cerita pasal boot volume saja tau. ini belum masuk cerita leg room, head room, and so on.

    improve this, proton. BESAR tak semestinya LUAS. tapi LUAS semestinya BESAR (or maintain saiz yang sedia ada)

    if u perlu, then go study about how to compact things. rearrange interior. bagi grant for interior development research. kalau taknak bagi grant, just give an offer yang cannot refuse to someone expert about meLUASkan ruang kereta.

    overally, yes. very good. insha allah kalau tiada aral melintang kita akan menerima delivery dalam 1-2 bulan lagi. kaler polish metal yang sungguh lawa. SKT


  • baru balik tgk iriz , sedih sikit dalaman dia sempit compare myvi walaupun diclaim iriz lebih panjang sikit dari myvi , dalamman dia if i tarik kerusi driver kebelakang untuk adjust sikit ,kerusi penumpang belakang ruang sempit , compare ngan Myvi , mulanya nak booking keta ni tapi ambik lain lah , luaran ok , tapi y pintu dia macam lain jer , hentak tutup pintu y nampak macam ada gegar sikit ,wisau gak kalau beli ni.

Leave a Reply