ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peminat EV dapat peluang pandu uji smart #3

Berita Tempatan

Views

smart Malaysia baru-baru ini telah mengadakan sesi pratonton eksklusif model terbaharunya, smart #3 di ibu pejabat Subang Jaya.

Program selama tiga hari itu memberikan pengalaman kepada peminat EV dengan menawarkan pandang pertama dan pengalaman pemanduan model SUV coupé, smart #3 .

Bertemakan ‘Chase the Thrill‘, program ini bertujuan untuk menaikkan keterujaan di kalangan penggemar EV yang sedang menantikan kedatangan smart #3.

Para hadirin, termasuk rakan media, pemilik EV dan peminat, berpeluang menyelami falsafah reka bentuk di sebalik smart #3, yang direka oleh Ketua Reka Bentuk Mercedes-Benz, Kai Saiber.

Ia mewakili ‘Love‘ untuk daya tarikan yang emosional, ‘Pure‘ komitmen kepada kekemasan, dan ‘Unexpected’ kepada kejutan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sepanjang acara berlangsung, para hadirin diperlihatkan keupayaan smart #3 ini dari segi pemanduan yang mendebarkan dan juga penerokaan model smart #3 yang telah diperbaharui.

Usai sesi penerangan tentang produk dan reka bentuk, smart #3 membuat penampilan eksklusifnya di Litar Ujian Proton untuk ujian pemanduan yang komprehensif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, acara ini memberikan mereka inspirasi dan kefahaman lebih baik dalam menyaksikan kepelbagaikan individu dari pelbagai latar belakang yang memberi maklum balas positif mengenai smart #3.

Dengan ciri reka bentuk SUV coupé yang ‘sporty‘ dan lengkungan yang kemas, #3 menjanjikan keunggulan yang kekal dan serasi sebagai mobility harian yang ideal.

Zhang Qiang turut yakin dengan kekuatan smart dalam memberikan pengalaman pemilikan EV yang terbaik, smart juga turut menyediakan ekosistem yang canggih selari dengan keperluan pembeli.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hal ini termasuk di dalam Aplikasi Hello smart, rangkaian pengecasan dan pengedar smart direka untuk memenuhi kehendak pelanggan.

smart #3 telah meraih pengiktirafan antarabangsa melalui Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.

Penghargaan ini menekankan kualiti reka bentuk yang unik dan inovasi yang dihasilkan oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz.

smart #3 akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2024, yang akan berlangsung dari 22 hingga 26 Mei 2024.

Orang ramai dijemput hadir ke Dewan A2 (Dewan Premium), MAEPS, Serdang dan menjadi antara yang terawal menyaksikan dan menerokai reka bentuk yang unggul daripada smart #3.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply