ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely pamer pelbagai teknologi inovatif di Pameran Automobil Beijing 2024, beri petunjuk masa depan Proton

Berita Global

Views

Rakan kongsi teknologi Proton, Zhejiang Geely Holding Group (Geely), telah mempamerkan pelbagai jenis teknologi inovatif kepada beberapa media terpilih yang dibawa ke Pameran Automobil Beijing 2024, baru-baru ini.

Antaranya ialah konsep SUV perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang dibina berasaskan Seni Bina Elektrik Geely dan dilengkapi dengan kecerdasan buatan telah disokong oleh FlymeAuto daripada Meizu.

Model ini turut menampilkan reka bentuk masa hadapan dengan pintu bukaan bersayap yang besar dan dilengkapi dengan tempat duduk berbilang fungsi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain meninjau pendapat umum dan mempamerkan arah reka bentuk teknologi dalam pameran ini, ia boleh dimasukkan ke dalam strategi produk Proton untuk menggabungkan ciri-ciri canggih dan meningkatkan prestasi merentas model masa depannya.

Model ketiga smart berasaskan SEA, iaitu SUV smart #5 turut dipertontonkan semasa acara ini. Media yang dijemput turut berpeluang untuk memandu uji pelbagai model Kumpulan Geely.

Mereka juga dibawa untuk melawat ke kemudahan canggih syarikat di Institut Penyelidikan Geely (GRI), Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Powertrain Geely di Teluk Hangzhou.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sementara itu, pandu uji untuk media juga diadakan di Beijing Goldenport Motor Park dengan model EV terbaharu di bawah Kumpulan Geely.

Pengalaman-pengalaman ini menyerlahkan aplikasi praktikal teknologi seperti rangkaian kuasa ‘Thor’ dan memberi media pengalaman langsung teknologi yang berpotensi diadaptasi oleh Proton EV masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, meskipun tiada model dipamerkan antara kerjasama Geely dengan Proton di Beijing 2024, pihaknya tetap merasakan ia adalah peluang penting untuk mempamerkan model dan teknologi yang mungkin disesuaikan pada masa hadapan.

Tambah beliau, rakyat Malaysia dijangka boleh menikmati lebih banyak platform global Geely dan seni bina tenaga baharu yang pintar digabungkan ke dalam model Proton pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply