Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) memperluaskan jaringannya dengan memperkenalkan perkhidmatan percubaan Demand Responsive Transit (DRT) Rapid Penang yang pertama di negeri ini bermula hari ini sehingga 31 Oktober depan.
Perkhidmatan DRT di Farlim dan Air Itam itu akan melalui fasa pembuktian konsep (POC) membabitkan kerjasama dengan aplikasi tempahan perkhidmatan e-hailing Kumpool.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij berkata, perkhidmatan itu adalah bagi manfaat pengguna yang sebelum ini sukar mendapat akses perkhidmatan bas kerana jalan sempit terutama di kawasan perumahan.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Pihaknya sentiasa berusaha bagi menyediakan perkhidmatan yang relevan kepada penumpang dan perkhidmatan DRT ini merupakan mod pengangutan fleksibel mengikut permintaan.
Ia juga menyediakan kesalinghubungan ‘first-last-mile‘ dengan perkhidmatan laluan bas sedia ada dengan purata kekerapan 10 minit bagi perjalanan penumpang yang lebih lancar ke Georgetown.
Menurut Muhammad Yazurin, perkhidmatan yang meliputi radius dua kilometer itu juga menghubungkan penumpang ke beberapa lokasi tumpuan seperti Pekan Air Itam, Kek Lok Si, Sunshine Central, Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Itam dan Pekan Farlim.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Katanya, perkhidmatan DRT berkenaan menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah setiap hari antara jam 6 pagi sehingga 11 malam dengan tambang pengenalan sebanyak RM1 bagi setiap perjalanan.
Pembayaran tambang boleh dilakukan secara tunai atau menggunakan Pas Mutiara My50 serta Pas Perjalanan OKU Smile.
Perkhidmatan DRT boleh ditempah menerusi aplikasi Kumpool yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store.
Sempena dengan ulang tahun Rapid Penang yang ke-17 tahun ini, pihaknya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penumpang atas sokongan dan akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pulau Pinang. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Rapid Penang
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI