ARKIB

KATEGORI

Buletin

Permat syor MBK larang kenderaan ekzos bising masuk Teluk Cempedak

Berita Tempatan

Views

Pertubuhan Anak Muda Teruntum (Permat) mencadangkan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) supaya melarang kenderaan ekzos bising dari memasuki pantai peranginan Teluk Cempedak. Menurut Sinar Harian, Pengerusinya, Anaz AbMoris berkata, cadangan itu dibuat kerana ia mendatangkan pencemaran bunyi dan mengganggu orang ramai.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Pihaknya berharap MBK boleh pertimbangkan cadangan ini demi kepentingan pengunjung di Teluk Cempedak dan pelaksanaan penguatkuasaan itu boleh dilakukan terhadap pemilik ekzos bising. Selain itu mereka juga berharap MBK dapat terus mengiatkan pelbagai usaha yang mampu merubah landskap di sekitar Bandaraya Kuantan sesuai dengan taraf bandar raya.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Dalam pada itu, Anaz turut memuji tindakan MBK yang mahu menjadikan kawasan Teluk Cempedak sebagai kawasan zon bebas asap rokok. Katanya, langkah itu mampu memberi keselesaan kepada semua pengunjung, sekali gus dapat meningkatkan nama Teluk Cempedak.

Jelasnya, langkah ini sepatutnya sudah lama dilakukan oleh MBK kerana dapat dilihat di Teluk Cempedak begitu banyak puntung rokok bertaburan akibat perbuatan segelintir warga yang tidak bertanggungjawab. Beliau turut berharap minuman keras juga dilarang kerana minuman itu tidak membawa sebarang faedah kecuali memudaratkan masyarakat dan alam sekitar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majlis Bandaraya Kuantan

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply