Rakan kita Albert Sia telah menghantar beberapa foto yang dikatakan varian baharu Perodua Alza standard yang akan dilancarkan Sabtu ini. Jika diperhatikan pada foto Alza standard ini dilengkapi dengan kit badan penuh siap dengan spoiler belakang yang tiada pada varian sebelumnya selain pengenalan warna biru sebagai tambahan warna baharu.
Di bahagian dalam, varian ini masih mengekalkan spesifikasi yang sama dengan model sebelumnya. Setakat ini tiada maklumat mengenai harga jualan varian tersebut dan saya jangkakan Perodua akan tidak akan menaikkan harga tetapi memberi lebih nilai kepada pembeli. Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
So?
Kenapa dah nampak macam Toyota Avanza pula kereta ni?
mcm mulut ikan keli kena pancing
mcm tiru persona sv wat wane biru…pela perodua ni
tu je yang termampu…kesian..maybe to justify the new price
Sudah tiba masanya Alza digantikan dengan generasi seterusnya (replacement model) atau sekurang-kurangnya major facelift dengan 5-bintang Asean NCAP
Ekonomi tak berapa baik..Dengan kejatuhan ringgit dan sikap berhati-hati orang ramai, syarikat automotif tempatan terpaksa mencari jalan agar dapat terus mencatat jualan.
Hatta proton pun mengeluarkan lebih banyak persona kerana terdapat permintaan untuk model tersebut, walaupun dikatakan satu ketika proton telah memberhentikan model berkenaan.
http://paultan.org/2015/09/28/video-proton-struggling-lack-govt-support-tun-m/
Saya masih tertanya-tanya apakah sokongan yang kerajaan boleh beri lagi kepada syarikat proton?
Any ideas? we can debate here.