ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perarakan kereta pandu sendiri terbesar di China catat Rekod Dunia Guinness

Berita Global

Views
Largest autonomous car parade - Guinness World Records

Seperti kita ketahui, China merupakan antara negara yang membuat pelaburan yang sangat besar untuk membangunkan teknologi pandu sendiri sejak kebelakangan ini. Mereka membuktikannya dengan cara berbeza, kali ini dengan mengadakan perarakan raksasa kereta pandu sendiri.

Pada penghujung tahun lalu, Changan Automobile telah berjaya menerima pengktirafan daripada Guinness World Records sebagai “Perarakan kereta pandu sendiri terbesar di dunia” yang telah diadakan di litar ujian Dianjiang di Chongqing.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Sebanyak 55 buah kereta pandu sendiri SUV Changan CS55 yang berbaris dan membentuk satu konvoi yang bergerak pada kelajuan 30 km/h yang mengambil masa selama 9 minit 7 saat untuk mengelilingi litar ujian sepanjang 3.2 km itu. Setiap kereta hanya dipisahkan dengan jarak tidak melebihi panjang dua buah kereta – lebih hampir berbanding dengan keadaan di jalan biasa.

Sebagai langkah keselamatan, setiap kenderaan akan dipantau oleh seorang pemandu namun mereka tidak menggangu sistem autopilot. Pada asalnya ada 56 buah kereta namun salah satu daripadanya telah dibatalkan kerana pemandu terpaksa mengambil alih pemanduan kereta tersebut pada sebahagian perarakan tersebut.

Untuk cubaan memecah rekod ini, Changan telah membuat beberapa pengubahsuaian pada sistem CS55, termasuklah mempertingkatkan sensor selain mengurangkan objek dan margin pengesanan acara, sekaligus memberi jarak lebih pendek daripada biasa antara kereta yang menyertai konvoi tersebut.

Jom saksikan rakaman detik bersejarah ini, ketik sahaja butang ‘main’ pada video di atas. Selamat menonton!

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply