Dua penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan gara-gara kecuaian seorang pemandu kereta yang tidak menarik brek tangan sehingga kenderaannya mengundur.
Kejadian yang tular di laman Facebook itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat servis kenderaan di Balakong.
Menerusi klip video berdurasi 51 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah masuk ke premis tersebut dan kemudiannya dilihat mengundur dengan pintu di sebelah pemandu tidak ditutup.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Kenderaan itu mengundur dari kawasan parkir sehingga ke tengah jalan di hadapan pusat servis tersebut.
Ketika kereta itu mengundur, dua buah motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang dipercayai tiada pemandu itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan kedua-dua penunggang tersebut sama ada cedera parah atau sebaliknya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyelar tindakan pemandu kereta tersebut yang tidak menarik brek tangan ketika berhenti dan parkir.
“Apa yang kelam kabut sangat, handbrake (brek tangan) tak tarik, orang lain jadi mangsa,” tulis Ismile Jaxx.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Azaharie Airi. “Lesen beli ke macam mana, parking kereta tak tarik handbrake (brek tangan),” luahnya. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI