ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua jual lebih 20,100 kenderaan pada bulan Januari 2019 – 1,025 unit Aruz telah didaftarkan

Berita Tempatan

Views

Perodua membuka tahun 2019 dengan penuh bergaya dan telah berjaya menjual lebih 20,100 kenderaan pada bulan lepas. Ini termasuk 1,025 unit model SUV terbaharu mereka Aruz yang berjaya didaftarkan sebelum bulan Januari berakhir.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin berkata walaupun berlaku sedikit kelewatan dalam proses pendaftaran Aruz, mereka telah berjaya memaksimumkan penyerahannya dalam jangka masa yang singkat demi memanfaatkan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Perodua menganggarkan bahagian pasaran Perodua adalah sebanyak 41.7 peratus pada Januari 2019 dan pertumbuhan sebanyak 9.2 peratus daripada 18,400 unit kenderaan Perodua yang dijual pada Disember 2018, walaupun jumlah rasmi daripada MAA masih belum diumumkan.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara</a

Berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018, Perodua telah menjual 20,100 unit atau 13.6 peratus lebih pada Januari tahun ini berbanding 17,700 unit yang dilakukan pada Januari 2018. Selain Aruz yang kini menerima sebanyak 8,000 unit tempahan, model-model lain juga turut mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih daripada 19,000 unit telah didaftarkan pada bulan Januari.

Permintaan yang tinggi turut menyebabkan tempoh menunggu untuk Aruz telah ditingkatkan terutamanya bagi varian AV. Perodua akan berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan tempoh menunggu tersebut. Setakat ini, Aruz varian Advance menerima 85 peratus daripada keseluruhan tempahan manakala baki 15 peratus lagi adalah untuk varian X.

Selain itu, jualan model lain juga amat memberangsangkan dan Myvi masih menerajui carta jualan dengan lebih 8,400 unit. Axia, Bezza dan Alza pula terjual lebih 5,500 unit, 3,400 unit dan 1,600 unit pada bulan lalu. Datuk Dr. Zahari turut mendoakan kemakmuran, kesihatan yang baik dan kebahagiaan kepada mereka yang meraikan perayaan Tahun Baharu Cina selain mengingatkan kepada semua supaya berhati-hati di jalan raya.

JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply