ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bawa keceriaaan kepada pesakit cilik di Hospital Selayang sempena Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

Sempena kedatangan Tahun Baharu Cina yang akan tiba tidak lama lagi, hari Sabtu yang lalu 10 sukarelawan Perodua serta maskot UFirst Ari telah berkungjung ke wad pediatrik Hospital Selayang. Di sana mereka mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80 orang pesakit kanak-kanak, yang kemudiannya turut menikmati hidangan makan tengah hari.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang Perodua terhadap wad pediatrik Hospital Selayang. Diharapkan sumbangan ini berjaya membawa semangat dan suasana Tahun Baharu Cina kepada kanak-kanak serta para pekerja yang tidak dapat meraikannya di rumah kali ini.

Pada tahun lalu, Perodua telah menyumbang tiga beg ambu (peralatan bantuan pernafasan) dan mengedarkan hamper kepada semua kanak-kanak di wad pediatrik. Perodua juga merancang pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak, termasuk persembahan boneka dan badut, mewarna dan menyanyi. Para sukarelawan akan membantu menceriakan ruang bermain kanak-kanak dengan membeli mainan dan buku baharu serta menghias dan membersihkan tempat tersebut.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara</a

Perodua turut menyumbang tiga unit pulse oximeter (peralatan yang menyukat jumlah oksigen di dalam badan) dan enam buah skrin mudah alih, bernilai RM12,000 keseluruhannya, kepada wad pediatrik tersebut. Ketua Jurutera Eksekutif Perodua En. Albert Ngu menyampaikan peralatan itu bagi pihak Perodua kepada Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Selayang Dr Selva Kumar.

Perodua ingin mengucapkan Selamat TahunBaharu Cina kepada semua rakyat Malaysia dan menyeru para pemandu supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan memandu dengan selamat, sopan dan bertanggungjawab semasa musim perayaan ini.

Tweckbot, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan mudah alih percuma Perodua, telah memeriksa 125 buah kenderaan menjelang Tahun Baharu Cina ini, dan mensasarkan sebanyak 1,000 pemeriksaan semasa musim perayaan di lokasi-lokasi tertentu tahun ini.

Inisiatif ini telah membantu memastikan kenderaan Perodua berada dalam keadaan selamat semasa musim perayaan sejak 2011 dengan menawarkan pemeriksaan 50-titik percuma kepada hampir 7,000 kenderaan sehingga kini.

JOM BACA >> INTIP : Papan pemuka Proton Iriz MC2 berjaya dirakam

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply