ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua labur RM1.6 bilion untuk penambahbaikan kilang, pembangunan model baharu

Berita Tempatan

Views

Perodua telah memperuntukkan sejumlah RM1.6 bilion untuk perbelanjaan modal (CAPEX) tahun ini, dengan sebahagian besar pelaburannya dikhaskan untuk penambahbaikan kilang, peningkatan kapasiti tera (stamping) serta pembangunan model baharu dan perkakasan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, jumlah RM1.6 bilion itu adalah lebih sekali ganda CAPEX syarikat pada tahun 2024 iaitu RM797.5 juta kerana pengeluar kereta nasional kedua itu mahu menumpukan kepada pelaburan semula keupayaan mereka.

Pelaburan ini akan menyatukan kapasiti pengeluaran, termasuklah di peringkat pembekal, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti di samping mengukuhkan perancangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk serta keupayaan pembangunan model baharu.

Beliau berkata, Perodua telah melepasi kapasiti pengeluarannya dengan 368,100 kenderaan dikeluarkan pada 2024, melebihi kapasiti sebanyak 320,000 untuk kedua-dua kilangnya.

Jelas beliau, rekod 368,100 unit itu dicapai dengan meminimumkan masa henti (downtime), mengikuti jadual penyelenggaraan, koordinasi dan perancangan dinamik dengan pembekal dan pengedar kami serta tangkas dalam menangani cabaran.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Tambah beliau, tahun 2025 akan menjadi batu loncatan kepada masa depan Perodua dengan penekanan terhadap kemandirian syarikat itu dari segi keupayaan pengeluaran, terutamanya dalam membangunkan produk di masa akan datang.

Ujarnya, Perodua kini sedang mempercepatkan keupayaan kakitangannya untuk mencapai kemandirian yang lebih tinggi, bagaimanapun, langkah itu akan menghasilkan jumlah pengeluaran dan jualan yang lebih rendah tahun ini.

Bagi tahun 2025, Perodua menjangkakan jumlah pengeluaran akan merosot sebanyak 4.9 peratus kepada 350,000 unit daripada 368,100 unit yang dicatatkan pada tahun 2024.

Pengurangan ini juga bakal menyaksikan jumlah pendaftaran berkurangan sebanyak 3.7 peratus kepada 345,000 unit daripada 358,102 unit tahun lalu.

Walau bagaimanapun, permintaan terhadap kenderaan Perodua kekal sihat dengan tempahan tertunggak semasa kini mencecah 68,000 unit, yang mana 28,000 tempahan mempunyai surat aku janji yang dikeluarkan tanpa stok.

Beliau berkata Perodua akan terus mengutamakan penghantaran kenderaannya dan dalam masa yang sama mengekalkan standard keselamatan dan kualiti terjaga.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Mengulas mengenai perniagaan selepas jualan Perodua, Datuk Sri Zainal berkata, syarikat kereta kompak itu menyasar untuk meningkatkan jumlah penyelenggaraan kenderaan tahun ini kepada 3.7 juta, naik 7.6 peratus daripada 3.4 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Katanya, Perodua juga akan terus menyokong ekosistem automotif negara dengan pembelian komponen tempatan yang diangggarkan berjumlah RM10.8 bilion daripada pembekal di negara ini.

Selain itu, Perodua juga bekerjasama dengan kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pembekal dan pengedarnya agar mereka boleh kekal bersaing secara kompetitif dalam industri.

Ini termasuklah dengan terus meneroka potensi Industri 4.0 dalam memaksimumkan keupayaan dalam operasi mereka, mengendalikan latihan dan menyediakan bantuan lain bagi pertumbuhan yang lestari.

Tahun 2025 ini akan menjadi tahun yang mengujakan buat Perodua kerana kami sedang mempersiapkan syarikat dan rakan strategiknya untuk sebarang perubahan yang bakal berlaku.

Tambah beliau iagi, Perodua percaya apabila perubahan ini sudah lengkap, mereka mampu mengukuhkan kedudukannya di dalam negara serta rantau ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply