ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua muat naik iklan acah ketiga SUV terbaharunya – Rekaan belakang diperlihatkan

Views

Beberapa jam yang lalu, Perodua telah memuat naik iklan acah ketiga SUV terbaharu mereka (namakod D38L) di laman web dan Facebook rasminya. Kali ini bahagian belakangnya mula diperlihatkan walaupun bamparnya masih lagi diselindungi. Secara kasar, reka bentuk belakang SUV tujuh tempat duduk ini memang sama dengan saudara kembarnya iaitu Toyota Rush dan Daihatsu Terios. Yang berbeza hanya bentuk jalur lampu LED dan kehadiran palang krom agak tebal di bahagian tengah yang bersambung dengan kedua-dua lampu belakangnya.

Bukan itu sahaja, Perodua turut memberi beberapa info ringkas mengenaikan kecekapan tenaga SUV tersebut. SUV ini akan dikuasakan oleh enjin Dwi-VVTi 1.5 liter yang berjaya melayakkannya mendapat pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Apa tidaknya, ia hanya menggunakan purata 15.6 km untuk setiap liter petrol yang telah disahkan oleh ECE.

JOM BACA >> SUV pertama Proton, X70 dilancarkan – Harga bermula dari RM99,800!

Satu lagi ciri menarik enjin SUV ini adalah sistem ECO-melahu yang sebelum ini terbukti berkesan pada model Perodua yang lain seperti Bezza dan Myvi. Kami menjangkakan pelancaran SUV ini akan dibuat Januari tahun depan sempena meraikan pelantikan Datuk Zainal Abidin Ahmad sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Perodua bermula bulan yang sama.

Ada yang mengatakan nama SUV ini adalah Aruz, namun setakat ini tiada pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak lagi. Biarlah rahsia dulu ye!

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • Pengganti Alza… Sesiapa yang merancang membeli Alza, tunggu February 2019… Perodua SUV 2WD 7 tempat duduk akan menggantikan Alza… Alza sedia ada akan ditamatkan hayatnya serta merta selepas pelancaran SUV 2wd 2019


  • Pengganti Alza… Sesiapa yang merancang membeli Alza, tunggu February 2019… Perodua SUV 2WD 7 tempat duduk akan menggantikan Alza… Alza sedia ada akan ditamatkan hayatnya serta merta selepas pelancaran SUV 2wd 2019.. Dan ciri² jauh lebih maju berbanding myvi2018..

Leave a Reply