ARKIB

KATEGORI

Buletin

SUV pertama Proton, X70 dilancarkan – Harga bermula dari RM99,800!

Views

Akhirnya segala teka-teki mengenai harga model SUV pertamanya, Proton hari ini secara rasminya melancarkan X70 ke pasaran Malaysia dengan tanda harga bermula dari RM. Ia ditawarkan dalam empat pilihan varian bermula dari RM99,800 untuk Standard 2WD, diikuti varian pertengahan Executive 2WD (RM109, 800) dan Executive AWD (RM115, 800) serta varian paling mewah Premium 2WD (RM123, 800) dan paling menarik harga adalah sama untuk Sabah dan Sarawak (harga tidak termasuk insurans).

Pelancaran X70 telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong dan beberapa tetamu kehormat yang lain. Model pertama hasil kerjasama strategik antara Proton dan rakan asingnya Geely ini berkongsi pelantar dengan model Geely Boyue facelift 2018 yang merupakan antara SUV terlaris di China.

Nama X70 pula telah dipilih menerusi satu undian umum secara atas talian yang bermula pada awal bulan April dan keputusan rasminya telah diumumkan pada September lalu. X70 dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.8 liter TGDI yang mampu menghasilkan 181 hp dan 285 Nm tork yang digandingkan bersama transmisi automatik enam kelajuan. Penggunaan bahan bakarnya pula sekitar 8.9 L/100km dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri canggih seperti Arahan Suara yang membolehkan pemandu memberi bercakap unit infohibur untuk mengaktifkan beberapa fungsi seperti membuka dan tingkap, bumbung suria, menukar frekuensi stesen radio, mengawal bunyi audio,  mencari tempat makan yang berhampiran dan banyak lagi dengan hanya menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah. Untuk maklumat lebih terperinci anda boleh membacanya di pautan ini.

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

Dari segi keselamatan, X70 dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, kerangka dari Besi Tempa Panas (HPF), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC) dan kamera 360 untuk pengendalian pemanduan selamat di kawasan yang sempit dan khusus untuk varian Premium ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Ini secara tidak langsung melayakkan X70 untuk memperoleh penarafan lima bintang dari Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan skor tertinggi dalam segmennya bagi keselamatan penumpang baru-baru ini. X70 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Flame Red (warna mengikut varian).

X70 ditawarkan dengan Pakej XTRA yang merangkumi Pakej Servis Xtra (kos pekerja secara percuma untuk servis yang pertama serta kos pekerja percuma untuk lima kali servis berjadual bagi 100,000km atau lima tahun), Pakej Pembiayaan Rendah Xtra (kadar faedah rendah bermula dari 2.34 peratus p.a. untuk pembeli yang berkelayakan), Pakej Perlindungan Waranti Xtra (5 tahun jaminan tanpa had perbatuan) dan Pakej Data (data internet percuma selama 5 tahun dengan kouta 1GB sebulan).

Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata penyerahan X70 akan bermula pada minggu-minggu akan datang kerana mereka mahu pelanggan mendapatkan kereta mereka secepat mungkin. Ada di antara pelanggan yang telah menunggu lebih dari enam bulan, dengan memberikan nama kepada pengedar sebelum tempahan dibuka secara rasmi.

Berikut adalah pilihan varian dan spesifikasi Proton X70 secara ringkas:

Standard 2WD
Enjin 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik
6 beg udara SRS
Lampu halogen
Rim aloi 17 inci
Kerusi balutan fabrik
Sistem audio dengan skrin 8 inci
Kamera undur
Sistem pembersihan udara (air purifier)
Pilihan warna – Snow White & Armour Silver

Executive 2WD
Penambahan spesifikasi Standard :
Lampu hadapan LED dengan lamu nyalaan siang LED (DRL)
Rim aloi 18 inci
Kerusi balutan kulit
Kerusi pemandu boleh laras elektrik
Kamera panoramik 360
Pilihan warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey & Cinnamon Brown.

Executive AWD
Penambahan spesifikasi Executive 2WD :
Pacuan semua roda
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
Pilihan warna – Snow White dan Jet Grey.

Premium 2WD
Penambahan spesifikasi Executive AWD :
Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
Kerusi balutan kulit Nappa
Kerusi pemandu dan penumpang boleh laras elektrik
Rim aloi 19 inci
Pilihan warna – Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Flame Red.

JOM BACA >> IKLAN : Hoi Keen Service IM3 Kuantan – Lepak sambil menunggu kereta diservis dalam suasana ‘kafe hipster’!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • good luck proton..

    masih lg berpikir mcm mane proton nk jual x70 dengan harga mcm ni. perdana enjin honda pun jualan sendu ni kan pula kereta china.

    kita tgk je la nanti..

    personally harga yang sesuai cuma lah rm75k – rm100k. kalau nk buat canggih mcm roket nasa pun takpe tp sebab kereta proton harga kena duk dalam skop yang dinyatakan tu je lah. lebih pada tu out

    sekian


  • sapa kata kereta ini untuk golongan middle class ? kalo tak mampu jangan nak bagi banyak alasan. beli je saga atau persona. Tayar je dah mahal belum tentu boleh beli & TGDI sebaik-baiknya pakai ron 97.

Leave a Reply