ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluaran Proton Prevé berakhir? Apakah model yang bakal menggantikannya?

Views

Sedang Proton masih dalam ‘mood’ teruja dan ceria dengan pelancaran SUV pertamanya X70, perisik kami Mat Bond membawa kami satu info yang amat mengejutkan. Model global pertama Proton, Prevé kini dikhabarkan sedang berada di fasa akhir kitaran hayat dan baru-baru ini model pengeluarannya yang terakhir telah dipasang di Tanjung Malim.

Prevé yang diperkenalkan pada April 2012 merupakan antara model yang paling lama dalam senarai barisan model Proton dan hanya diberi sedikit sentuhan kosmetik untuk versi 2018 atau lebih dikenali sebagai Prevé Refinement. Apakah model yang bakal menggantikannya nanti? Menurut risikan Mat Bond lagi, Prevé bakal digantikan dengan sebuah model sedan dari Geely dengan namakod FE6, namun kami tidak memperolehi butiran lanjut mengenainya.

Firasat kami kuat mengatakan, model Geely dengan namakod FE6 itu berkemungkinan besar adalah model sedan Bin Rui yang telah dilancarkan di Chengdu Auto Show 2018 pada bulan September lalu. Bin Rui didatangkan dengan tiga pilihan enjin –  G-Power 200T yang digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan DCTG-Power 14T yang digandingkan bersama transmisi 8-kelajuan CVT dan G-Power 14T yang digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan manual.

JOM BACA >> SUV pertama Proton, X70 dilancarkan – Harga bermula dari RM99,800!

Enjin G-Power 200T merupakan enjin 1.0 liter turbo suntikan terus yang mampu menjana 134HP dan 205Nm daya kilas. Ia digabungkan bersama transmisi 6-kelajuan dwi klac generasi kedua dari Getrag. Kombinasi padu ini membolehkan Bin Rui mencatat kadar penggunaan bahan api 4.9L untuk setiap 100km. Enjin G-Power 14T pula adalah enjin 1.4 liter turbo yang mampu menjana 131 HP dan 215Nm daya kilas. Ia digabungkan bersama pilihan transmisi 6-kelajuan manual atau 8-kelajuan CVT dengan kadar penggunaan bahan api 5.7L untuk setiap 100km.

Untuk mengetahui lebih info ringkas mengenai model Bin Rui, ketik sahaja pautan ini. Jika info yang kami perolehi ini sahih, ia merupakan satu perkhabaran yang gembira kerana sudah sampai masanya Prevé digantikan dengan generasi baharu yang lebih moden dan segar. Bin Rui sememangnya calon yang sesuai untuk menggantikan Prevé dalam segmen C yang kini lebih didominasi oleh jenama luar seperti Honda Civic.

Kami berharap Proton diberi lebih kebebasan untuk mengubah reka bentuk model tersebut dan menjadikannya lebih bercirikan Malaysia dan juga global. Kami jangka, mulai tahun depan kita akan dapat melihat kelibat kereta sedan misteri dengan celoreng penyamaran membuat ujian di jalan raya. Sediakan kamera anda!

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

Proton Prevé 2018 @ Prevé Refinement

Geely Bin Rui

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • Preve patut harga 45k – 60k dh le..proton kompiden sgt dulu sampai 72k.padahal pelan asal dh cantik dh ganti persona.tak pasal2 proton ada sampai 5 model sedan.saga je yg laku sikit yg lain kelaut.persona yg sekarang patut x pyh buat dh,tp bodo sombong last2 keluar design ntahapehape.sabo je la.

    Sayang preve ni..patut yg ni la model paling layak untuk jd turning point pade proton.teringat masa klim12..ramai puji design tuah.sayang..


  • Setelah dikaji! Harga jualan Preve replacement 2020 dijangka tidak jauh beza dengan pesaingnya… Terutama pengeluar dari Asia..

    Harga body.. (Tidak termasuk SST + insurance + road tax)

    1- Honda Civic = rm108k hingga rm330(typeR)
    2- Volkswagen Jetta = rm108k hingga rm12xk
    3- Toyota corolla altis = rm120k hingga rm138k
    4- Hyundai Elantra =rm 109k hingga rm12xk
    5- Kia Cerato = rm98k hingga rm12xk
    6- Mazda 3 = rm105k hingga rm123k
    7- Subaru WRX = rm199k hingga 309k(STi)

    Dijangka harga body Preve Replacement 2020 (tidak termasuk SST + insurance + roadtax) adalah dalam julat rm71k(variant standard) hingga rm97k(variant premium).. Kajian mengambil kira spesifikasi dan features yang akan diberikan oleh Preve replacement 2020…

    Preve R 2020 akan diberikan features yang sama atau lebih baik daripada X70 yang baru dilancarkan… Kualiti Dan teknologi keselamatan jauh lebih baik Dan terkini..

    Harga yang berpatutan dengan teknologi, spesifikasi serta ciri² yang diberikan tidak kurang berbanding pesaingnya yang dinyatakan di atas..


  • Proton boleh keluarkan Preve final edition terhad 36 unit sahaja menandakan berakhirnya generasi pertama sebelum digantikan… 36 unit sempena ulangtahun Proton ke 36 disertakan dengan spesifikasi lebih menarik.. Contohnya :-

    Autonomous Emergency Braking (AEB)
    Forward Collision Warning (FCW)
    Adaptive Cruise Control (ACC)
    Lane Departure Warning (LDW)
    Blind Spot Information System (BLIS)
    Door Opening Warning System (DOW)
    Intelligent High Beam Control (HBC)
    6 kelajuan manual atau 7 kelajuan manumatik
    Kuasa dipertingkat 179kw 250ps 260nw
    8″ Android infotainment
    Sport rim 18″
    Body kit lebih moden
    Harga rm1++k

Leave a Reply