ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Sales jalin kerjasama dengan Petronas Dagangan dan Gentari untuk tingkatkan pengalaman pelanggan

Berita Tempatan

Views

Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua Sales) baru-baru ini telah memeterai dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Petronas Dagangan Berhad (PETRONAS Dagangan) dan Gentari Sdn Bhd (Gentari) bagi meningkatkan pengalaman pelanggan melalui integrasi pelbagai perkhidmatan.

Perodua Sales Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Perodua yang mana berperanan di dalam menawarkan perkhidmatan yang merangkumi jualan, selepas jualan (servis, alat ganti, aksesori, Badan dan Cat), serta aktiviti pemasaran produk.

MoU pertama yang ditandatangani adalah antara Perodua Sales dan Petronas Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB), Mesra Retail & Cafe Sdn Bhd (Mesra), dan Setel Ventures Sdn Bhd (Setel), yang mana Perodua akan menyediakan akses perkhidmatan baharu di pusat servis buat para pelanggannya.

Ini termasuk integrasi ciri pembayaran digital Setel ke dalam aplikasi UFirst Perodua, penubuhan Mesra untuk kemudahan tambahan, serta pembukaan pusat servis Perodua di stesen-stesen Petronas terpilih.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, Perodua Sales dan PLMMSB telah bekerjasama lebih 20 tahun, dan kerjasama ini terbukti memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

PLMMSB merupakan pembekal eksklusif minyak pelincir kenderaan kepada Perodua Sales sejak tahun 2004. Selari dengan peralihan negara ke arah mobiliti hijau, Perodua Sales dan PLMMSB akan bekerjasama untuk mengukuhkan komitmen terhadap amalan kelestarian.

Kerjasama dengan Gentari pula akan membolehkan syarikat itu menyediakan kemudahan pengecasan di pusat-pusat servis Perodua sebagai persediaan kepada pengenalan kenderaan elektrik (EV) Perodua akan datang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan, Azrul Osman Rani berkata, kerjasama ini akan memperkukuhkan lagi komitmen bersama untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di setiap peringkat, daripada pelincir berkualiti tinggi kepada kemudahan digital dan keperluan harian.

Sementara itu, MoU kedua yang ditandatangani antara Perodua Sales dan Gentari melalui Gentari Green Mobility Sdn Bhd akan menyaksikan pemasangan kemudahan pengecasan di pusat-pusat servis Perodua.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility, Shah Yang Razalli berkata, pihaknya menyambut baik visi Perodua untuk memperkenalkan EV mampu milik menjelang 2025.

Dengan meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan pengecasan, Gentari mensasarkan untuk meningkatkan pengalaman pemandu EV Perodua masa hadapan.

Inisiatif utama dalam kerjasama ini termasuklah pemasangan kemudahan pengecasan EV di pusat servis Perodua, terutamanya di stesen-stesen Petronas, menawarkan langganan pengecasan EV, penyelesaian pengecasan di rumah serta integrasi lancar dengan platform Gentari Go.

Petronas mempunyai lebih daripada 1,000 stesen di seluruh negara, manakala Perodua mempunyai 194 pusat jualan dan 209 pusat servis di seluruh Malaysia.

Dengan lebih daripada 175 titik pengecasan DC, Gentari kini mengendalikan rangkaian pengecasan arus terus (DC) berlesen terbesar di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply