ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sasar jualan 240,000 unit kenderaan tahun ini

Berita Tempatan

Views

Perodua menyasarkan untuk menjual 240,000 unit kenderaan pada 2021, bersamaan kenaikan 9 peratus daripada 220,163 unit yang dijual tahun lalu. Ia berikutan permintaan tinggi bagi model-modelnya serta lanjutan pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Sebagai perbandingan, Perodua telah menjual 240,341 kenderaan pada 2019. Daripada jumlah keseluruhan jualan, Myvi mendahului model-model lain dengan 66,330 unit, diikuti Axia (59,651), Bezza (56,996), Aruz (22,494) dan Alza (14,691).

JOM BACA >> ATM bakal peroleh ‘Humvee’ buatan Malaysia dari Cendana Auto?

Jumlah ini secara tidak langsung menyaksikan Perodua memegang 41.6 peratus penguasaan pasaran berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 529,434 unit. Menurut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, pihaknya yakin 2021 akan menjadi tahun pemulihan buat mereka.

Beliau menambah, dengan pemulihan jualan Perodua yang dijangkakan, pengeluar kenderaan kompak tersebut menjangkakan pembelian komponen tempatan untuk tahun ini sebanyak RM6.5 bilion. Tambahnya, Perodua akan menaikkan sasaran pengeluaran mereka kepada 272,000 unit kenderaan tahun ini.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Sasaran pengeluaran Perodua 2021 mewakili peningkatan sebanyak 23 peratus daripada 220,968 unit yang dikeluarkan pada 2020. Dengan kesemua modelnya mengandungi lebih 90 peratus komponen tempatan, Perodua kekal menjadi pembeli komponen automotif terbesar di Malaysia.

Menurut Datuk Zainal, Perodua juga menyasarkan peningkatan 20 peratus dalam pengambilan servisnya, daripada 2 juta unit pada 2020 kepada 2.4 juta unit pada 2021. Syarikat itu juga akan mengubah pendekatan mereka menerusi ‘Perodua Smart Build’, yang akan merevolusikan penawaran di samping meningkatkan lagi kemampuan operasi syarikat kereta kompak tersebut.

Tambah beliau lagi, maklumat lanjut dan kesan inisiatif ini terhadap Perodua, rakan-rakan niaga, ekosistem automotif serta pelanggan mereka akan diumumkan dalam waktu terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply