ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang 50 buah Myvi kepada Bomba, 25 institusi pengajian tinggi

Views

Perodua akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara untuk kegunaan mereka dalam latihan dan penyelidikan, sekaligus menjadikannya antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh syarikat tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata Perodua menyumbang tujuh buah Myvi generasi terbaharu dan 43 buah Myvi generasi sebelumnya kepada organisasi-organisasi ini dengan harapan ia dapat dimanfaatkan di dalam penyelidikan, latihan dan pembelajaran mereka.

Beliau turut menyerahkan kenderaan-kenderaan tersebut secara simbolik kepada wakil-wakil organisasi masing-masing dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, di satu majlis yang diadakan di ibu pejabat Perodua di Sungai Choh. 25 institusi pendidikan tinggi tersebut merangkumi universiti serta institusi vokasional, teknikal,latihan industri dan kemahiran belia.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 dan Persona facelift merewang di Kuala Lumpur

Sebagai syarikat People First, Perodua gigih memperkasakan golongan belia melalui pendidikan, kerana merekalah bakal pemimpin Malaysia dan peneraju masa hadapan industri automotif tempatan. Inisiatif-inisiatif pendidikan tersebut termasuklah Perodua Eco Challenge dan Perodua Youth Training Programme (PYTP). PYTP merupakan program Tanggungjawab Korporat yang paling lama telah dilaksanakan, dan berjaya menghasilkan lebih 630 graduan sejak 1999.

Awal tahun ini, Perodua telah mengadakan majlis konvokesyen untuk 141 belia yang dilatih dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, melayakkan mereka untuk menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan kecekapan teknikal and vokasional. Lebih 70 peratus daripada mereka akan berkhidmat di pusat servis dan fasiliti Badan & Cat (Body &Paint) Perodua di seluruh negara.

Dengan lebih sejuta unit dijual sejak kelahirannya pada tahun 2005, Myvi merupakan model kenderaan terlaris di Malaysia selama 13 tahun berturut-turut. Justeru, Myvi sangat sesuai untuk tujuan penyelidikan dan latihan tempatan kerana iaa dalah model yang paling dekat mewakili kenderaan di Malaysia. Baru-baru ini, Perodua Myvi telah memenangi segmen Aras Mula (Entry-Level) di Anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2018, anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI).

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply