ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM lancar Nissan Serena J IMPUL Baharu – MPV mewah Jepun

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memperkenalkan varian mewah Nissan Serena 2.0L S-Hybrid yang telah dipertingkatkan secara dinamik dan lebih premium; Nissan Serena J IMPUL Baharu. Direka oleh pakar daripada Nissan dan firma talaan IMPUL, Lip Spoiler Depan dan Belakang Krom Bersalut J IMPUL pada Nissan Serena dibina khas di Jepun demi menghasilkan rekaan 3 dimensi yang tepat menerusi acuan suntikan untuk mencapai downforce sehingga 10 peratus dan menambah baik kestabilan pada kelajuan tinggi.

Rim Aloi IMPUL Millennium bersaiz 18 inci dalam Kemasan Hitam Berkilat menaikkan lagi rekaan mewah dan aspek aerodinamik MPV ini. Sementara Kerusi Kulit Premium Sulaman Berlian menyerlahkan lagi kemewahan Jepun. Nissan Serena J IMPUL Baharu ini direka khas untuk mereka yang mahukan dan menghargai kemewahan Jepun. Sistem 2.0L S-Hybrid terus menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2km/L (NEDC R101), sekali gus memberikan Nissan Serena status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Berkuasa Bebas Tangan, Dua Pintu di bahagian belakang, 7 port USB, Monitor Pandangan Keliling Pintar (I-AVM) bersama Pengesan Objek Bergerak Pintar (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar dengan Apple CarPlay™. Nissan Serena J IMPUL hadir bersama jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara aksesori pula didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

NISSAN SERENA 2.0L S-HYBRID
J IMPUL

PREMIUM HIGHWAY STAR

PREMIUM HIGHWAY STARHIGHWAY STAR
Warna Luaran Dua Tona

(RM)

Warna Luaran Satu Tona

HITAM Baharu

(RM)

Warna Luaran Dua Tona

(RM)

Warna Luaran Satu Tona

HITAM Baharu

(RM)

Warna Luaran Satu Tona

(RM)

Semenanjung Malaysia149,800.00147,800.00143,800.00141,800.00131,800.00
Sabah & Sarawak152,300.00150,300.00146,300.00144,300.00134,300.00

* Dengan Cukai Jualan 10% tidak termasuk Insurans, Pendaftaran Peribadi sahaja
* Warna Luaran Dua Tona: Imperial Umber (Bumbung) dengan Cashmere Gold (Badan), Diamond Black (Bumbung) dengan Brilliant White (Badan), Diamond Black (Bumbung) dengan Tungsten Silver (Badan)
* Warna Luaran Satu Tona: Cashmere Gold, Brilliant White, Diamond Black dan Tungsten Silver

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC2 dan Persona facelift merewang di Kuala Lumpur

Pemilik Nissan Serena S-Hybrid (C27) sedia ada yang berminat boleh menaik taraf Lip Spoiler Depan dan Belakang Krom Bersalut J IMPUL pada kenderaan mereka. Mereka boleh menghubungi talian 03-4047 8786 atau e-mel ke [email protected]. Nissan Serena J IMPUL baharu yang mewah ini akan membuat penampilan pada acara Karnival Pandu Uji Nissan di beberapa bilik pameran terpilih sepanjang dua hujung minggu iaitu 7 hingga 9 Disember dan 14 hingga 16 Disember 2018, bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan:

Tarikh WilayahLokasi
7 – 8 DisemberPantai TimurAEON Kota Bharu
8 – 9 DisemberTengah ETCM Petaling Jaya
TengahETCM Kajang
TengahETCM Puchong
UtaraETCM Bayan Lepas
UtaraETCM Sg Petani
SelatanETCM Seremban
SelatanETCM Batu Pahat
SabahIMAGO Mall, Kota Kinabalu
SarawakETCM Kuching
14 – 15 DisemberPantai TimurETCM Kuala Terengganu
SarawakETCM Bintulu
15 – 16 DisemberTengahETCM Glenmarie
TengahETCM Mahkota Cheras
TengahETCM Jalan Raja Laut
UtaraETCM Butterworth
UtaraETCM Ipoh
UtaraETCM Taiping
Pantai TimurETCM Kuantan
SelatanETCM Melaka
SelatanETCM Johor Jaya
SabahETCM Sandakan

Tarikh dan lokasi Jerayawara Nissan:

TarikhLokasi
4 – 9 DisemberCapital 21, Johor Bharu, Johor
6 – 9 DisemberStarling Mall, Petaling Jaya, Selangor
6 – 9 DisemberKuantan City Mall, Kuantan, Pahang
7 – 9 DisemberKluang Mall, Kluang, Johor
13 – 16 DisemberAman Central Mall, Alor Setar, Kedah
14 – 16 DisemberVivacity Mega Mall, Kuching, Sarawak

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM Nissan di talian 1800-88-3838.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply