ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara – Perodua bawa 15 atlet murid ke Tokyo

Berita Tempatan

Views

15 bakat muda daripada Program Pembangunan Bakat Badminton (PPBB) Kementerian Pendidikan Malaysia-Perodua kini berada di Tokyo untuk Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara yang diadakan buat julung kali.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Daihatsu Motor Company Jepun, pertandingan ini akan menyaksikan atlet murid Malaysia bersaing dengan bakat-bakat muda dari Jepun dan Indonesia yang dicungkil daripada program badminton di negara masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata penyertaan Perodua dalam pertandingan ini akan memperkukuhkan lagi komitmen jangka panjang mereka kepada sukan yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia.

Program ini adalah salah satu daripada perancangan Perodua untuk memberi pendedahan awal kepada atlet murid untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Ia juga merupakan inisiatif Tanggungjawab Korporat mereka ke arah pembangunan belia dan modal insan Malaysia.

JOM BACA >> Pelancaran Proton Iriz dan Persona facelift mungkin ditunda ke bulan depan?

Pada 24hb Mac nanti, seramai 40 orang murid (15 dari Malaysia, 15 Jepun dan 10 Indonesia), berumur 9-12 tahun, akan bertanding di Stadium Nasional Ajinomoto di Tokyo, Jepun. Ramai daripada peserta pertama kali menjejakkan kaki ke luar Malaysia dan mereka sangat teruja dan bersyukur kerana diberi peluang ini.

Perodua mengucapkan terima kasih kepada Daihatsu kerana menganjurkan pertandingan ini dan juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kerjasama mereka dalam membangunkan generasi bakat badminton Malaysia yang akan datang.

Pada bulan Oktober yang lalu, KPM dan Perodua berjaya menamatkan tahun pertama PPBB, yang melibatkan 2,800 orang murid sekolah rendah, 140 orang jurulatih dan 70 pusat pembangunan badminton di seluruh Malaysia.

Di peringkat profesional pula, Perodua Malaysia Masters, sebuah pertandingan antarabangsa Badminton World Federation, berjaya diadakan buat kali kedua di bawah nama tersebut pada bulan Januari lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil.

JOM BACA >> Geely SX12 – Adakah ini satu lagi bakal SUV Proton?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply