ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot 508 dilancarkan

Views

Segak & bergaya. Bakal memberi saingan dalam segmen D yang biasanya dimonopoli oleh jenama Jepun. Peugeot 508 ini dijual dengan harga RM169,888 atas jalan termasuk insurans. Dijana dengan enjin Prince 1.6 THP ( twin-scroll turbocharged) berkuasa 156 hp pada 6,000 rpm & 240 Nm pada 1,400 rpm dengan kotak gear AT6 auto enam kelajuan, bersama paddle shifters di steering. Warna yang ditawarkan ialah Pearl White, Bourrasque Blue, Aluminium & Haria Grey.

sumber :  paultan.org

* dengar cerita layout dashboard P3-21A (Persona R) lebih kurang style dia macam kereta ni, betul ke tidak tak pasti la 😉

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

39 Comments


  • rasnya vw passat harga pun dlm lingkungan ni jugak, ruang dalaman mmg ada class, nampak mewah betul, kalau persona r ada 50% mcm ni pun dh cukup baik
    dari info taboogen mmg ada iras mcm ni, rasanya ada 3 layer lepas tu ada mcm curve sikit kat bhg glovebox,
    bg sy yang penting perbanyakan crome kat bhg dalaman, jgn gunakan warna putih dgn hitam yg mcm kat p2 myvi tu nampak buruk


  • Kalau ini la Proton sure orang Malaysia cakap macam ni;
    “Enjin 1.6 mana boleh bawa body besar. Naik Genting sure tak boleh.”
    Nasib baik lah kat Europe tu takde Genting… 🙂


  • model ni dan VW Passat memang menarik minat saya..
    mampu memberi saingan kepada accord, camry, teana dan mazda 6..
    kalau lihat pada engine model 508 ni is only just 1.6..but the advantage is the twin-scroll turbocharged that gives 240Nm of torque..even the accord 2.4 could not challenge as it is only 222Nm of torque..
    so..the powerful torque of 508 could easily gives an attraction for the customers n could this car smoothly..


  • klu kuar cfe,mmg basher akn ckp enjin price lg power,enjin tsi lg power. It will become never ending story. Flx yg 1.3 iafm+ yg perform mcm 1.5,fc mcm 1.3 pun kena bash. Nanti kuar 1.6 iafm+ kat saga pun mesti kena bash jugak. Diaorg nk kete mcm bmw,tp rega 40k jer. Tanpa tax pun xkan dpt kete cam 2


  • Kereta ni setakat nak byr roadtax takde masalah.. sbb 1.6L je. jangan kerajaan tukar polisi kadar roadtax berdasar bhp sudahlah. maklumlah. trend skrg enjin cc kecik tapi letak turbocharged bg up bhp/tork.

    Rasanya kereta ni patut lebih rendah harganya..dalam around RM150K-RM160K. tapi tak tau knp leh jejak smpai RM170K. Dulu masa 407 kuar pun harga nya cun2 je.


    • Yang ni roadtax ikut bhp baru aje introduced kat Thailand. Bak kata sesetengah orang, Dr. Mahathir adalah “Bapa Automotif Thailand”


    • CPS,

      Saya rasa pricing dia just ok. Tengok spec dan feature 508 ni memang lebih menarik lagi jika nak dibandingkan dgn Camry 2.4 dan Accord 2.4 yg sekitar RM170k.

      Kalau RM160k dah harga mpv 5008 pulak..Just pendapat saya je


    • Salah 1 sebab harganya mencecah RM170k ialah equipment yg diberikan lebih terkini dan hebat berbanding 407. Ada panoramic roof, ada air-cond 4 zone, ada 6 airbag, ada colour screen, ada front & rear parking assist, ada sistem audio JBL dgn 10 speaker dll.


      • Betul bro,

        Kalau tak silap ada feature Smart Beam. Lampu high beam automatic kalau kereta detect pencahayaan tambahan diperlukan. Cth jalan clear xde kereta daripada depan, high beam on.


  • nmpak cam ade iras-iras protonnye partla…cube tengok kat pintu esp kat handle tmpat bukak pintu dia cam ade design protonnyekan….mmg terbaeekk..kat paper ari ni kate Exora REEV dalam 100K mcm ok.tp bile tgk kemampuan poket alamatnye dpt tengok jelaaaa kete tu..huhuhu…..


  • i would love to wait for the VW Passat..
    then only..we can compare between 508 and Passat..
    sebab saya tengok..both models have their own attractions..
    bagi saya..harga 508 ni reasonable..lagipun model ni ialah D segment..
    tak kan la kita nak expect harga dia 150k ?
    heard that Passat is around 180k..
    tunggu nak launch je 😀


  • bg aku,pd rega dia dh berbaloi utk beli berbanding ngan competitor lain kat masia especially japan cars.
    Tp kat msia pyh cr mkn coz japan cars punya popularity. Mcm 308,klu ikutkn material kualiti n equipment,ride n handling refinement plus engine performance,ternyata lebih baik dr civic,altis mahupun forte,tp jualannya x setinggi mereka walupun memberansangkan.
    Stakat ini,saya rasa terbaik dlm segment di malaysia.
    Kalu ikut aper yg penah saya tgk,pegang n duduk dlm kete pug, kalu bandingkan dgn german makes cam bmw,merc mahupun vw,on par,cume refinement dr segi powertrain, r n h lebih memihak kpd german made.
    Cume yg saya ragu2 dr segi engine reliability,bukan bermaksud enjin xtahan, tp climate msia jauh berbeza ngan europe mahupun jepun. Msalah banjir ni yg prob ckit. Byk tgk german made mcm bmw n merc yg latest tersadai coz enjin masuk air,xterkecuali savvy n waja yg pkai pwrplant renault. Tp nasib baik diaorg dh ubh position computer box pd savvy,klu x jd masalah mcm waja. Satu lg ketahanan part klu kena climate masia yg panas n lembab,mcm kes savvy,meter speed sensor selalu kong coz dibuat dr plastik,walupun high thermo,tapi,position dkt gearbox. Klu kat europe mmg bagus coz ada musim salji,so,sensor dkt heat source dpt heatkan sensor. Tp kat msia,klu kena musim panas,terlalu panas sampai kong.
    Kes iafm pun sama coz bosch buat n testing kat climate diaorg,bila pengguna pkai,selalu kong,plastic walupun high thermo resist,xdpt tahan. Nasib baiklah dgr cite iafm+ punya dh pkai yg lg tinggi heat resistant dia
    tp kete2 mcm pug ni,org yg berduit je pkai,so biasanya xparking tgh panas, xredah banjir,so mgkin xda masalah. Just my 1 cent


    • Setuju dgn bro.

      Antara faktor yg akan mempengaruhi jumlah jualan kereta ialah PERSEPSI. Peugeot yg ditawarkan oleh Nasim sebenarnya sangat2 berbaloi jika nak dibandingkan dengan model2 T & H. Boleh kata, Pug ni level dia bawah sikit drpd model German macam VW. (Merc dan BMW dah kategori premium).

      Persepsi masyarakat lebih mempercayai jenama T & H. Persepsi juga yang menentukan harga beli dan harga trade in kereta T & H.

      Tapi Peugeot (308, 508, 3008, 5008) adalah model global. Berbaloi jika dibandingkan produk T & H yang hanya ada dalam pasaran SEA.


      • model T&H yg mana yg hanya ada kat pasaran SEA ja? accord dgn camry kt mana2 negara ada. cuma kt msia spec ada kurang trutamanya utk model 2.0.
        cuma yg berbaloi beli peugeot ni, spec dia mmg premium trutamanya bab2 safety.tkde nk beza2kan ikut pasaran.


      • Photic,

        Kalau awak tengok Honda Accord di UK, sama tak dengan Honda Accord di Malaysia? Bagaimana dgn Civic?

        UK juga takda Toyota Camry. UK ada Avensis, Verso, Auris, Aygo yang mana tiada satu pun line-up ni ada dalam UMW Toyota.

        Tak seperti Mazda, Mazda model global. Model global, mana-mana region pun, specnya sama dan wajahnya serupa (dengan varian2 yang berlainan)

        Ini yg dikatakan Global Car. Bukan Regional Car.


  • Baru aku perasan kereta ni CBU, patutlah harganya agak tinggi sikit. kalau CKD mungkin harga boleh turun sikit. tapi org biasa2 tetap tak mampu beli. Kalau dapat pakai 407 pun dah ok.


    • aah. 407 second pun affordable. Full spec tahun 2004-2006 pun around 55-65k. Bagi saya ia pilihan bagus bagi org teringin kereta konti tapi affordable. Lagipun ia nampak lebih maskulin berbanding T and other 55-65k Honda.


  • Lupakanlah kereta model T&H. Modelnya pun bukannya lawa sgt pun. Better lagi Proton. Sudah sampai masanya rakyat Msia keluar dari “tempurung” yg selama kita tak tahu ada byk kereta yg lagi bagus dari T&H itu.


    • btul tu, kdang2 fikir balik, t&h selama ni dh bermaharajalela kuasai segment import, kalau ikut mazda lg bagus, tp “kejumudan yg telah diwarisi” ni payah juga nk dibuang, kebangkitan jenama korea diharap dpt buka lg mata & ubah landskap automotif negara ni..sebelum jepun naik, kereta europe la byk, mcam fiat, peugeot & alfa romeo…harap skrg zaman kebangkitan mereka pulak..


      • dulu kereta ford laser,telstar banyak kt msia..tapi sekarang jenama ford pun malap. padahal kereta ford focus tu bukan tak bagus.solid built lagi. cuma pemilik2 ford focus ni ngeluh sbb sparepart susah nak dpt. dahlah susah nak dpt., mahal pulak tu. tu yg member2 aku yg pakai ketete ni pening kepala.


      • huhu bila ternampak telstar 1.8 lama teringat lak masa baru2 kuar dulu, suka tgk plastik antara dua lampu belakang tu..jd mc unified lak lampu tu
        masa bawak lak handling mmg ok kat corner biasa..tapi kat corner tajam, aku prefer waja sbb ada respon timbal balik, telstar just plain je…

        tapi tu dulu punya keta, dh tak drive ford generasi baru, sure handling lagi bagus kot cam focus dan mondeo

Leave a Reply