ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pimp My Ride edisi Malaysia bakal temui anda November ini

Views

Kepada kaki mod kereta dan peminat rancangan Pimp My Ride, edisi Malaysia untuk program tv ini bakal ke udara pada  30 November 2012, jam 10 malam di saluran MTV SEA, Astro Channel 713. Program yang bakal menemui anda dengan dua episod akan dihoskan oleh penyanyi rap terkenal, Altimet dan VJ Rich dari MTV.

Enam pemenang bertuah akan dipilih untuk musim pertama dan kereta mereka bakal mendapat rim, cat, kit badan, suspensi lowered, bahagian dalaman dengan kemasan mewah, lampu dan aksesori hiburan dalam kereta yang semuanya dibuat khas. Setiap kereta yang terpilih bakal muncul dalam episod masing-masing selama 30 minit.

Pimp My Ride edisi Malaysia ditaja oleh kempen Xpax’s Whatchuwant? memberi peluang sekali seumur hidup kepada pelanggan untuk kereta mereka diubahsuai oleh MTV. Mereka cuma perlu mendail *128# dan melanggan pakej yang disediakan. Untuk maklumat lanjut layari laman www.facebook.com/xpaxfb dan laman web Xpax.

sumber : blog.autoworld.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply