ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP 3.0 – UMW Toyota Motor lanjutkan waranti selama 30 hari, tutup sementara operasi kilang dan jualan

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan yang mereka telah menggantung sementara operasi pengilangan serta penjualannya berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula sejak 1 Jun 2021.

Ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, Toyota dan Lexus tetap bersama rakyat Malaysia dalam solidariti untuk mengekang pandemik ini. Sungguhpun begitu, pihaknya akan tetap memberikan bantuan sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan atau dalam kecemasan dan memerlukan perhatian .

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah beliau, pihaknya akan memberikan lanjutan tempoh jaminan sedia ada yang sah serta akan tamat di dalam tempoh PKP ini selama 30 hari. Baru-baru ini, pihaknya mengumumkan peningkatan jualan kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, dengan keseluruhannya mencatatkan sebanyak 7,595 unit sepanjang Mei 2021, meningkat 120 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2020.

Jumlah berkenaan dipacu terutamanya oleh model-model seperti Vios sedan yang menyumbang 32 peratus daripada jumlah jualan, diikuti Yaris sebanyak 25 peratus, manakala trak pikap Hilux pula menyumbang sebanyak 21 peratus bagi jualan bulan Mei 2021.

Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama pula berkata, mereka berterima kasih kepada kerajaan kerana telah melanjutkan ‘cuti cukai‘ sehingga 31 Disember 2021 dan ini bakal menjadi penyumbang dalam memulihkan keyakinan membeli dalam kalangan pelanggan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Tambah beliau, pengenalan beberapa model baru sepanjang tahun ini yang digandingkan dengan insentif SST untuk pelanggan telah membantu industri automotif tempatan menghadapi badai ini dalam kedudukan yang kukuh.

Sementara itu Ravindran K. turut berkata, syarikat akan terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada semua pelanggan dan terus memperkenalkan beberapa inisiatif yang bertujuan untuk membantu memberikan penjimatan lebih banyak dalam keadaan seperti sekarang.

UMW Toyota Motor menggalakkan semua orang untuk berada di rumah, kekal selamat dan menjaga keselamatan antara satu sama lain. Kepada semua pelanggan pula, jangan risau. Semua sokongan, sekiranya diperlukan, akan disediakan sepanjang tempoh ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply