ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari pemandu Alza putih rempuh kawat duri SJR

Berita Tempatan

Views

Polis sedang giat mengesan pemandu Perodua Alza berwarna putih yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) Pos Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Teluk Likas, di Kota Kinabalu, kelmarin.

Harian Metro melaporkan, kejadian jam 11.33 pagi itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran turut tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu berhenti di Pos Kawalan PKPD Taman Teluk Likas.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Bagaimanapun katanya, ketika anggota bertugas cuba mendekati untuk pemeriksaan, pemandu kenderaan itu tiba-tiba mengundurkan kereta sehingga terlanggar Perodua Myvi di belakang. Pemandu kemudian bergerak ke depan dan melanggar penghadang jalan dan kawat berduri sebelum memecut ke arah Jalan Kuala Laut.

Tambah beliau, semua petugas termasuk pemandu Perodua Myvi yang dilanggar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan. Mohd Zaidi berkata, usaha memburu kenderaan berkenaan sedang giat dijalankan dan pengesanan juga dilakukan melalui SJR Op COVID-19.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun. Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kenderaan atau individu terbabit supaya tampil menyalurkan maklumat untuk tindakan selanjutnya. Katanya, maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Zulfairie Ismail di talian 0132-2618487 atau 088-529222.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply