ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi salah guna surat pengesahan agensi kerajaan untuk beli durian, dua individu dikompaun

Berita Tempatan

Views

Polis daerah ini menahan dua kenderaan terdiri sebuah van penumpang serta pacuan empat roda yang membawa muatan durian ekoran gagal menunjukkan permit polis rentas daerah di Kampung Naluyan semalam.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

K! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, semua kenderaan terbabit dipercayai bergerak dari Kota Kinabalu ke Sipitang bertujuan untuk membeli durian tetapi cuba berselindung disebalik surat pengesahan sebuah agensi kerajaan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Semua kenderaan ini dikesan dari udara menerusi Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah sebelum ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Naluyan.

Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati kedua-dua pemandu gagal menunjukkan permit polis rentas daerah yang sah. Katanya, kedua-dua pemandu itu dikenakan tindakan kompaun berikutan kesalahan merentas daerah tanpa permit polis selain menyalahguna surat pengesahan agensi kerajaan hanya untuk membeli durian di Sipitang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply