ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari penunggang basikal ‘cucuk’ belakang treler

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang penunggang basikal yang melakukan aksi bahaya dengan menunggang sambil mengikut rapat di belakang sebuah lori treler yang videonya tular sejak beberapa hari lalu, mendapat perhatian pihak polis.

Menurut K! ONLINE, rakaman video itu dipercayai dirakam pada 17 September lalu di Jalan Kuantan – Gambang oleh seorang pemandu lori yang memandu di belakang basikal berkenaan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Dalam video berdurasi dua minit 34 saat itu menunjukkan seorang penunggang basikal melakukan aksi bahaya dengan mengikut rapat sebuah lori treler, manakala kedengaran percakapan perakam dengan rakannya yang memandu lori treler terbabit.

Tindakan pemandu basikal itu menimbulkan rasa bimbang pemandu lori berkenaan malah penunggang basikal itu dikatakan ikut memecut apabila lori terbabit cuba menjarakkan kenderaan mereka.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohammed Rizal Kamarudin berkata, polis sedang mengesan penunggang basikal terbabit dan meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Katanya, orang ramai kini diberi kelonggaran untuk bersukan dan beriadah termasuk melakukan aktiviti berbasikal, malangnya ada pihak yang salah guna kelonggaran itu dengan melanggar peraturan jalan raya seperti video yang tular sebelum ini.

Kesalahan itu boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 42 dan Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu denda RM300 bagi kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan berulang atau boleh dipenjara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply