ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ekzos bising tak menambah kelajuan pun – PDRM

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan ubah suai ekzos motosikal tidak boleh menambah kelajuan se­perti yang dipercayai oleh keba­nyakan mat rempit, sebaliknya ia hanya mendatangkan bunyi bi­sing dan mengganggu ketenteraman awam.

K! ONLINE melaporkan, Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan, Kawalan Lalu lintas, Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, mitos itu menjadi kepercayaan mat rempit hingga mendorong mereka berlumba-lumba untuk me­lakukan kesalahan itu.

Katanya, siasatan mendapati, mat rempit mengubah suai ekzos motosikal masing-masing ha­nyalah semata-mata mahu me­nunjukkan ego dan menda­tangkan ancaman kepada pe­saing ketika berlumba.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Jelasnya, ramai yang beranggapan sekiranya mengubah suai ekzos motosikal, kelajuannya akan meningkat, namun itu tidak benar sama sekali. Kapasiti (cc) motosikal de­ngan kelajuan adalah seiring dan tiada kena mengena dengan ekzos.

Tambahnya, tindakan me­ngubah suai ekzos motosikal bukan sahaja boleh menjejaskan ketenteraman awam dan ke­selamatan komuniti serta pengguna jalan raya, malah ia mampu mencetuskan pergaduhan dalam masyarakat.

Menurut Mohd. Nadzri, ia terbukti apabila terjadi satu kes di mana seorang lelaki menyerang lima remaja yang dipercayai be­ngang dengan bunyi bising ekzos motosikal masing-masing di kawasan Sepang pada Mei 2018.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, jiran pemilik motosikal tersebut sebelum itu beberapa kali menegur perbuatan mereka yang sering membuat bising dengan menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi ekzos bi­sing.

Katanya, JSPT telah merancang satu operasi khas ‘bunyi bising’ yang dijalankan secara bersepadu bersama agensi pe­nguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar sepanjang masa di seluruh negara.

Beliau mengakui ada yang menyarankan PDRM menerusi JSPT agar memberi tumpuan kepada operasi pemandu mabuk berbanding memeriksa ekzos motosikal. Sebenarnya, kedua-dua isu tetap dalam pemantauan dan pemerhatian mereka.

Tambah beliau lagi, menjadi tanggungjawab PDRM untuk melindungi dan menjaga keselamatan serta ke­selesaan masyarakat, komuniti dan pengguna jalan raya dari terbelenggu dengan isu pengubahsuaian ekzos yang mengeluarkan bunyi bising.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply