ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat dakwaan anggota IPD Batu Gajah enggan terima laporan murid nyaris dilanggar lori

Tular

Views

Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah yang dikatakan enggan menerima laporan dibuat keluarga pelajar yang hampir dilanggar lori ketika melintas jalan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, dakwaan itu akan dirujuk kepada IPD Batu Gajah untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Tegas beliau, tiada balai polis yang dikecualikan daripada menerima aduan orang ramai terutama membabitkan kes jenayah dan kemalangan jalan raya.

Jelasnya, pihak polis tidak pernah menolak sesiapa untuk membuat laporan, tidak kira di mana pun. Apa pun, beliau akan dapatkan laporan daripada Ketua Polis Daerah Batu Gajah dahulu.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Sebarang tindakan akan diambil jika didapati dakwaan itu benar (enggan terima laporan).

Terdahulu, tular video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang pelajar perempuan hampir dilanggar sebuah lori yang melanggar lampu isyarat merah ketika mahu melintas jalan.

Difahamkan, keluarga pelajar itu cuba membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut, namun polis didakwa menolak laporan berkenaan kerana tiada kemalangan berlaku. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply