ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota SE terbakar rempuh pembahagi tol, pemandu rentung

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu ditemukan rentung selepas keretanya terbakar akibat merempuh Plaza Tol Sitiawan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), malam tadi. Identiti mangsa sedang dikenal pasti.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.25 malam dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi.

Setibanya jentera, didapati sebuah kereta Toyota SE terbakar dalam anggaran 80 peratus akibat melanggar pembahagi tol.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan terbabit dan disahkan maut di tempat kejadian. Operasi pemadaman segera dilakukan hingga api berjaya padam sepenuhnya.

Selepas api padam, katanya, mangsa kemudian dikeluarkan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Menurutnya, operasi itu tamat pada 12.15 tengah malam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Peraktastic

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply