ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis sita Axia merah langgar lari penunggang basikal

Berita Tempatan

Views

Pemandu kereta Perodua Axia merah yang terbabit dalam kejadian langgar lari dengan seorang penunggang basikal di Jalan Kinabalu pagi semalam, sudah dirakam keterangannya oleh polis.

Berita Harian melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata pemandu terbabit dibebaskan polis selepas keterangannya diambil petang tadi tetapi kenderaannya disita untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menjelas lanjut, beliau berkata, pemandu terbabit berjaya dikesan selepas polis meneliti rakaman video kejadian itu dan kemudian menghubunginya.

Lelaki berusia 22 tahun itu kemudian hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee pada jam 4.45 petang tadi untuk dirakam keterangan.

Sarifudin berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, mangsa yang juga seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Susulan itu, mangsa berusia 33 tahun membuat satu laporan polis di Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee. Berdasarkan rakaman video, berdurasi satu minit, mangsa dilihat sedang berbasikal dari arah Cheras menghala ke Jalan Kuching.

Setibanya di Jalan Kinabalu, penunggang basikal itu dilanggar sebuah kereta berwarna merah dari arah belakang dan kenderaan terbabit tidak berhenti di tempat kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply